Panas je tajuk di atas tu kan. Jangan caya pada tajuk di atas, bukan bererti aktor kacak Zed Zaidi gaduh dengan aktor macho Aqasha. Saje je kin nak tarik perhatian korang baca entry kin dalam blog kin yang tak seberapa ni. Jangan marah ye kawan-kawan.
Sejak dua menjak ni kin gatalkan jari jemari kin untuk google blog-blog artis tempatan. Yang pasti dua nama yang akan kin search dalam google ialah dua aktor terbabit : Aqasha dan Zed Zaidi. Korang patut tau dua aktor tu adalah aktor paling favorite kin. Suka dengan karaktor yang jejaka dua orang ni bawa dalam setiap lakonan diorang. Si Aqasha selalu dapat watak ala ‘komunis’, tegar dan tegas, kadang-kadang dapat watak kaki buli jiwa perempuan pun ada. Zed Zaidi selalu dapat watak bisnesman, anak orang kaya yang naugthy, ada gak watak kampung macam dalam Kaliwoon hari tu.
Tapi kin bukan la fanatik sampai semua detail diorang kin nak amek tau, memadai kin tengok drama/filem diorang, sangat terpesona dengan lakonan diorang. (tambahan : diorang macho dan ensem - takleh dinafikan!). Sebab kalau aktor dan aktres lain berlakon kin tak amek pusing sangat, silap-silap kin tutup terus tv, layan photoshop lagi bagus. Oleh itu, kredit diberikan kepada 2 aktor ini : Zed Zaidi dan Aqasha kerana mampu menarik perhatian Ashikin Abdullah
Okey berbalik kepada blog 2 jejaka tampan ni. Leh dikatakan tiap-tiap ari kin baca, walaupun diorang ni tak selalu update blog diorang, tapi kin tetap baca. Tambahan diorang nye blog free hosting (bukan wordpress ye :p) Paling best, sejuk mata memandang blog diorang sebab simple dan tak disemakkan dengan widget-widget dan application yang memberatkan browser untuk loading. Template semua basic dan simple. Kin siap bookmark blog mereka ni.
Di sini kin nak kasi review tentang blog jejaka-jejaka Melayu terakhir. Kita mulakan dengan huruf ‘A’ dulu…
Aqasha,
Aku di dalam perjalanan yang panjang,bermusafir di usia muda.
Aku seorang saliq yang ingin terus istiqamah dengan taksub.
Aku jua sekerdip Nur Muhammad seperti kau & dia.
Aibmu adalah aibku.
Rahsiamu adalah rahsiaku.
Terjadi,hanya bila kau makrifat akan dirimu.
Once baca profile dan mukadiamah dalam header blog Aqasha ni pun terserlah cara pemikiran aktor versatyle kita ni, bagi kin beliau seorang yang berpemikiran analytical dan mendalam. Words yang digunakan dalam entries beliau memang bombastik, korang takkan jumpa ayat-ayat sebegitu dalam blog ashikin. Beza nya cara pemikiran seorang blogger Aqasha dan blogger bernama Ashikin ;p
Majoriti penulisan beliau tentang pendapat mengenai satu-satu perkara, ada ketika Aqasha menulis tentang review agama, kehidupan dan culture. ha korang jangan ingat artis tak berpikiran analytical dan critical, ingat diorang tau sosial je. Tapi korang leh le tengok diorang di social network seperti friendster, myspace dan facebook.
A sudah, sekarang terus ke Z
Zed Zaidi,

AKU ADALAH SEORANG PASANGAN YANG TIDAK MAHU KALAH DAN PANTANG MENYERAH. KEJUJURAN DAN KEADILAN MERUPAKAN SIFAT YANG MEMBUATKAN AKU DISEGANI.DALAM SOAL CINTA AKU INGIN MEMBERI YANG TERBAIK KEPADA ORANG YANG DICINTAI.NAMUN BEGITU HARGA DIRIKU TERLALU TINGGI SEHINGGA AKU TIDAK PERNAH MENGERTI MENGAPA SESEORANG ITU MENOLAK KEBAIKANKU…
Sekali tengok header si Zed ni macam garang dan tegas je kan, dah le dengan pose dalam gambar tu tegas dan stress je (tapi tetap segak di mata kin). Tapi bila baca semua entri-entri beliau, sebenarnya pelakon Malaya nan satu ni simple je orang nye. Ayat-ayat yang di gunakan pun lebih kurang macam ayat-ayat korang dapati dalam blog kin (ada persamaan tu ;-p). Si Zed ni selalu menulis tentang aktiviti dan ada kadang kala pendapat tentang sesuatu perkara (macam kin juga, ops! persamaan lagi.) Ada juga entry pasal percintaan, romantik gak si zed ni. Tak ubah macam kin juga.hahah :))
Berbulu kan korang baca ‘persamaan’ kin dengan zed ni kan, biar la. sekali sekala nak samakan diri dengan artis, bukan selalu. Baru-baru ni kin syorkan Zed Zaidi untuk jadi model dalam outing yang akan datang (di anjurkan oleh Group : Putrajaya Segak Sopan Kacak Bergaya FMDC), memandangkan diorang sekarang ni macam demam model Perempuan, semua model shot, semua wanita. Kin yang wanita pun naik agak lemau, kin pon gatal-gatal tangan la nak syorkan supaya Zed Zaidi ni jadi model kereta Skyline. Tapi as expected, jejaka-jejeka yang mendominasi group putrajaya tu tolak bulat -bulat, diorang cakap diorang kacak, haha ada patot. Tak logik langsung. Baik punya model kin nak jemput, diorang takmo. Oh ya kalau jemput pun, si Zed ni tengah shooting filem hantu tak dapek le nak terbang ke putrajaya jadi model…
Itu saja review yang dapat kin bebelkan kat korang, tetiba lak dapat case baru, kena sambong kerja. Ini lah ikin seorang Java Developer, andainya kin Dynas kan best. Leh le berlakon bersama Zed Zaidi dan Aqasha
Oh ya, dah lama membebel lupa nak letak link ke blog Aqasha dan Zed. Penat korang menunggukan, sabar-sabar jangan marah. Biasala kin bila dah start mengarang, siap melalut-lalut lagi.
Aqasha Blog : http://thesaliq.blogspot.com/
Zed Zaidi Blog : http://www.zedzaidi.blogspot.com/

Ingat lagi gambar ini? ini gambar PUtrajaya kin shot pakai kompek kem kin













