Tersebutlah kisah… pada zaman sebelum millenium lagi, sekitar 1999, ada seorang remaja bernama kin (bukan nama sebenar), kin ni berada di Arau, Perlis, sebuah negeri yang kecil di Utara Malaysia. Negeri nya makmur, aman damai cuma sedikit panas berbanding negeri-negeri seperti Kuala Lumpur etc etc.
Kin adalah seorang remaja yang suka berangan, siang malam pagi petang beliau akan berangan, angan-angan nya tinggi menggunung, sepantas kilat, menggapai bintang-bintang di awan. Akan tetapi dek kerana beliau ni masih bergelar pelajar di sekolah menengah kebangsaan di negeri Arau, beliau terpaksa kurangkan sedikit berangan nye, memandangkan tahun hadapan kin ni akan menduduki peperiksaan menengah rendah.
Subjek yang paling diminati kin ialah tak lain tak bukan, Mata-matik (omputehnye mathematic!) , Bahasa Inggeris (English), Geography, Sains, yang lain-lain tu ada kala kin suka, ada kala tak suka.
Maka tersebut lah kisah, suatu hari, kin(bukan nama sebenar) ni, sedang asyik buat latihan Mata-matik, waktu itu sekitar jam 3 petang, Sambil study, dengan posisi tergolek dok, melintang patah gitu, tetiba ter-ber-khayal, khayal nya jauuuuuhh beribu batu, merentas awan biru, laut hindi, pasifik, benua-benua, rupanya khayalan nya berada dalam kapal terbang tanah melayu airlines.
Tercangak-cangak kin melihat ke tingkap kapal terbang, excited melihat keadaan bumi, terutama negara-negara yang tak pernah dijejaki oleh kin. Tetiba terdengar suara “Ladies and Gentlemen, Please fasten your seatbelt, bla bla bla (sleng omputeh ala British yang tak kin fahami)”.
Tak lama lepas tu, pintu kapal terbang pun terbuka, satu cahaya yang terang menerjah masuk ke dalam kapal terbang, menyuluh muka kin, menyebabkan kin terpejam sebentar, ‘Oi! jalan la, fast fast..’ tepik orang di belakang, terpaksalah kin jalan menuju ke pintu tersebut. Tak lama lepas tu, kin dapat sesuaikan diri dengan keadaan disebalik pintu itu, terkejut tak terhingga kin, bila terlihat oleh beliau, tempat yang tak pernah dijejaki nya sebelum ini, orang sekeliling beliau tidak lagi ketinggian normal Malaysia, hidung, mata, rambut tidak seperti Malaysia, rupa-rupanya begitu asing.
Di sebabkan tempat tersebut begitu asing bagi kin, terpaksa lah kin ikut je orang-orang di hadapan beliau, ikut punya ikut, tak semena-mena, kin ada di kawasan lapang, suasana putih sesuci salji.. SALJI!! Keadaan sekeliling menjadi sejuk sekali, titisan titisan ais putih pun turun, Terlompat-lompat keriangan remaja dari Arau, Perlis ini. Kerana kali pertama melihat salji original. Terlihat beliau ada seorang lelaki yang berumur, dalam lingkungan 40-an berdekatan kin, lalu kin pun mendekati lelaki tersebut.. ‘Eskius me, i nak tanya, i kat mana sekarang ni?’ lalu dengan renungan yang pelik lelaki tersebut melihat kin ‘Adik! You… are now.. dekat.. OVERSEA…’
‘Adik!’
‘oooOOoo adik’
adiiiiiik…..
‘Bangun.. dah petang ni, kata nak pi praktis squash..’
‘PAP!!’….
Tetiba belakang kin terasa sakit, tak semena-mena tangan Mama hinggap kat punggung kin.
‘Adoi, Mama ni, sakit tau’ keluh kin.
‘Dah, tidoq sampai ayaq liuq meleleh kena buku latihan, dah adik bangun, cepat-cepat siap, dad nak bawak pi praktis squash, dah lewat’.
Dad adalah panggilan untuk ayah, family kin ni campur omputeh sket.
Kelihatan Dad sedang sibuk memunggah buah kelapa dari belakang kereta, lalu di bawa nya ke dapur.
Sedang kin ambil tisu lap-lap kan air yang tumpah dekat buku latihan, Dad datang duduk di kerusi berdekatan dengan kin.
‘Mimpi apa pulak tadi? lain benaq mimpi tadi nampak..’ seloroh Dad pada kin.
…….
…
‘Dad…’ kin memulakan dialog.
‘Awat nya?’ Jawab Dad.
‘Dad! adik nak pi oversea!…’
‘….’ Dad pulak mula membisu.
‘Bila?’ tanya Dad.
‘Nanti, tapi lagi cepat lagi bagus, ni tahun depan adik nak PMR, apa kata kalau adik dapat 8A, dad hantaq adik pi London ka US ka, Europe ka…’ laju kin menjawab.
‘Ala macam adik nak jadi macam Dad, masa Dad askar dulu, Dad selalu pi oversea…’ tambah kin lagi.
……
…
‘Dad?…..’ tak suka benar kin bila idea/kehendak beliau tak dilayan.
‘Adik.. dad pi sebab di hantar, ada tugasan, tanggungjawab, bukan suka-suka….’ jawab Dad dengan nada yang perlahan.
Tugasan? Tanggungjawab? eh apa kebenda tu? kin tak dapat memahami maksud Dad.
‘Adik, you’re not born with silver spoon in your mouth. Even none of us does.’ sambung Dad lagi, kali ini langsung tak difahami kin, tapi sedar akan seriesnye jawapan Dad.
‘But why not you go by yourself one day…with your own money, your own effort, all by your own’
….
..
.
Tetiba Dad dan kin masing-masing tidak berkata, Dad melihat kin dengan pandangan penuh bermakna, bagai ada harapan yang tak dapat difahami oleh kin, kin pulak, pandang dengan pandangan yang kelabu asap.
‘@#$@$@$*&*&%%@@’ bebel kin dalam bahasa tak difahami.
‘Ala dad ni, tak paham naluri remaja la, adik nak pi nak pi la, sudu perak la pulak…’ bebel kin lagi.
‘.. baik adik pi main squash la, mana tau kot-kot jadi Nicol David, rata dunia boleh pi…’ kata-kata sambungan dari kin, sambil jeling manja kepada Dad.
Dad hanya mampu tersenyum penuh makna melihat anak perempuannya yang kepalanya ada twist sikit.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Itu lah cerita kin pada 11 tahun yang lepas, dialog yang kin takan lupakan, ada kalanya membuat kan kin ketawa sorang diri.
11 tahun kemudian, kin masih ada, cuma lokasi tika menaip cerita ini berlainan, kini tak lagi di Arau, Perlis. Tidak lagi bermain squash, ketinggian berbeza, bentuk badan berbeza, cuma kepala kin dulu dan sekarang masih sedikit twist, masih dengan angan-angan yang setinggi-tinggi bintang di langit.
Kini Dad sudah tiada lagi, 5 tahun lepas Dad meninggalkan kin dan mama dan sekeluarga kerana serangan jantung. Namun didikan beliau masih diingatan. Salah satunya dialog ’sudu perak’ beliau.
Pagi tadi ketika menyiapkan gambar-gambar pelanggan, terdapat satu gambar di rakamkan di luar negara, lebih tepat sekali oversea. Terdiam sekejap kin melihat gambar tersebut. Terlihat salji-salji memutih di kaki-kaki mereka. Terus kin membelek, bagai ada sesuatu yang hadir dalam benak fikiran kin.
‘Dad! adik nak pi oversea!’…
Bagaikan flash back dalam drama, dialog ni bermain dalam minda kin, satu-persatu scene 11 tahun yang lepas di susun tepat seperti asal, dari mula kin bermimpi hingga senyuman bermakna Dad kepada kin.
Di hayati sedalam-dalamnya scene tersebut, setiap bait pertuturan Dad, ’sudu perak’ yang bikin kin marah, kini bagaikan bunga dalam fikiran kin.
‘Ya.. InsyaAllah, adik akan pergi ke tempat yang kin impikan 11 tahun dahulu, dengan usaha kin sendiri. Dad…’
Lalu tidak semena-mena satu perasaan seperti semangat yang membuak-buak menerjah dari dalam diri kin, orang kampung panggil ‘naik sheikh’, cepat-cepat kin mencari Mama, dan dengan perlahan-lahan, kin duduk sebelah Mama yang sedang mengait crochet.
‘Awat, ada apa anak ma sorang ni? ‘ soal Mama kin tika melihat anak nya dah naik sheikh.
‘Mama, adik nak pi oversea..’ jawab kin sambil menahan sebak yang entah dari mana tiba-tiba menyerang lubuk hati kin.
…..
..
‘Mama…’ tanya kin lagi, tika melihat Mama nya diam buat seketika.
‘Adik…’ Mama menjawab lembut.
‘I know you can..’ jawapan yang membuatkan kin terpandang dalam kedalam mata Mama
‘Because adik, you’re full with imagination, with dream, it is time to execute and realize it..’
arggg, air mata ni masa ni la nak jatuh. cepat-cepat kin ambil tisu, lap ayaq mata ni.
‘Laaaa… budak ni, itu pun nak menangis. pi la Oversea ja pun,…. ni sebelum nak pi tu, duit dah cukup?.. tau nak teriak ja…@#@#(*&*%@%$…..’ bebel Mama kin, tujuan untuk kurangkan sebak di hati kin.
‘Satu lagi, jangan lupa..’ sambung Mama.
‘Apa dia Mama? ‘ soal kin kembali.
‘kalau boleh..Mama pun nak ikot! heheheh…’ seloroh Mama.
‘insyaAllah Mama
‘ kali ini, kin pula mampu memberi senyuman bermakna kepada Mama.
Tak lama kemudian, dibelek-belek kin website tiket kapal terbang tanah melayu airlines, dan di gatalkan tangan nya mengupdate facebuk beliau tentang angan-angan beliau yang 11 tahun dahulu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dapatkah kin 11 tahun kemudian ini merealisasi mimpi nya? Dapatkah beliau menaiki penerbangan Tanah Melayu Airlines? Bilakah? Bagaimanakah?
Semua persoalan itu hanya kin yang mampu isikan dengan jawapan, hanya kin yang mampu merealisasi dan ‘execute’.
InsyaAllah…
amin.

-ashikin abdullah -
- 7 July 2010 -















