
“This 29th Stop of the Waterski & Wakeboard World Cup Series ended with perfection on many fronts. In temperatures reaching 35C, the 51 athletes from 15 countries were provided with outstanding facilities in Putrajaya Malaysia for this last event of the 2009 World Cup calendar. Based at the Putrajaya Watersports Complex, a short distance from Kuala Lumpur International Airport, an estimated 20,000 spectators attended over the November 7/8 weekend. As a vacation destination, it is certainly one not to be missed !”… www.waterskiandwakeboardworldcup.com


The Result
SLALOM WINNERS – Women
1. (USA) Karen Truelove – 0.5 buoys at 11.25m
2. (FRA) Anais Amade – 5 buoys at 12m
3. (FRA) Clementine Lucine – 2 buoys at 12m
SLALOM WINNERS – Men
1. (USA) Nick Parsons – 2.5 buoys at 10.75m
2. (GBR) Jodi Fisher – 1 buoy at 10.75m
3. (FRA) Jean Baptiste Faisy – 4 buoys at 11.25m
SHORTBOARD WINNERS – Women
1. (FRA) Marion Aynaud – 8130 points
2. (BLR) Natalia Berdnikova – 7930 points
3. (USA) Mandy Nightingale – 7790 points
SHORTBAORD WINNERS – Men
1. (BLR) Aliaksei Zharnasek – 11,470 points
2. (BEL) Olivier Fortamps – 9890 points
3. (USA) Jimmy Siemers – 9700 points
JUMP WINNERS – Women
1. (DEN) June Fladborg – 48.3m
2. (FRA) Marion Mathieu – 48.1m
3. (BLR) Iryna Turets – 46.5m
JUMP WINNERS – Men
1. (USA) Freddy Krueger – 69.0m
2. (GBR) Thomas Asher – 63.2m
3. (GBR) Jason Seels – 62.2m

Resource : http://www.waterskiandwakeboardworldcup.com/1047
Hari Selasa lepas kin pegi klinik untuk merawat muka yang di serang eszchema untuk sekian kali nya, sementara menunggu nama kin dipanggil masuk, kin belek-belek la dulu surat khabar. Biasa la surat khabar Melayu paling ‘femes’ kat Malaysia ni, Metro, tapi paper semalam, Isnin. Seperti biasa kin selak satu persatu, tengok tajuk, tak menarik, terus ke halaman seterusnya. Masuk halaman ke 4,5 (tak pasti) kin terbaca satu tajuk berkaitan tangkap basah, ada la dalam 2 ke 3 berita pasal cekup ni. Tapi ada satu tajuk paling melucu kan hati kin,”Sorok Belakang Pintu, Baju Dalam Di Ruang Tamu“, takde tajuk lain ke nak letak, atau terlampau nak menarik perhatian pembaca untuk membaca tulisan beliau.
“GEORGETOWN: Seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui cuba berselindung di belakang pintu sebuah bilik tanpa memakai baju dalam ketika dicekup…
Berdasarkan akuan mulut, wanita berkenaan menyatakan dia tidak memakai baju dalam dan hasil pemeriksaan mendapati pakaian dalamnya berada di ruang tamu berdekatan tilam nipis,” katanya “-link, wartawan unknown, Isnin 3 Ogos 2009
Sememangnya mereka berjaya menarik perhatian kin untuk membaca seluruh report tersebut, tapi komen yang kin nak kasi bukan nye pujian, tapi….what a joke..
Metro oh Metro. itu lah metro ye.. Actually, sejak incident kin dan geng photographer naik Broga tempoh hari, selepas tajuk keterlaluan yang telah di publish oleh seorang wartawan yang kurang etika kewartawanan, kin and the geng memang ban Metro ni, kin memang tak beli Metro since then, cuma kalau dah ada free kat kedai Mamak, kat klinik kin tengok je la. Seperti biasa, semuanya dramatik dan berat sebelah. Masih tak berubah ye. Ada sesetengah kawan-kawan kin yang tak berapa ambil berat hal ni, tapi bagi kin, wartawan dengan penulisan sebegini, langsung tiada etika dan tiada attitude serta selfish.

Niat kin buka entry kali ni bukan untuk meng-kondem wartawan kat Malaysia, atau suratkhabar Metro, tidak sekali, malah tanpa jasa diorang, maka payah la kita nak update dengan isu semasa. Tapi bagi sesetengah wartawan hanya mementingkan popularity dan jualan semata-mata dengan publish kan tajuk-tajuk yang berbau sex dan skandel, malah berat sebelah, tanpa mempedulikan kesan tulisan diorang kepada mangsa dan mereka yang berkaitan, kin cop kelompok wartawan ni sebagai paparazi murahan. ~laser kan.
Rabu lepas semasa kin on the way ke University Malaya untuk mengambil jubah konvo, sebelum naik putra lrt, kin ternampak surat khabar yang diberi free tak lain takbukan theSun. Tak penah-penah kin nak ambil, tapi aritu terasa nak ambil untuk hilangkan bosan dalam lrt nanti. Bukan untuk memuji melampau, tapi kin kasi kredit kepada theSun kerana setiap muka surat dalam theSun ada sahaja berita yang menarik untuk kin baca. Dalam masa yang sama improve my English
Rupa-rupanya bukan kin sahaja berpendapat kekurangan berita yang berkualiti yang di tulis oleh sesetengah surat khabar (korang tau le paper ape kan..), Tahniah kepada Jacqueline Ann Surin, editor yang telah memberi komen tentang wartawan-wartawan yang menulis berita tanpa mempedulikan kod etika kewartawanan. Beliau juga telah menegur sikap berat sebelah sesetengah wartawan yang hanya pentingkan keuntungan dengan cerita berbau SEX. korang boleh baca komen beliau di sini Sex, sensationalism and salacious reports
“THE media are at it again. Sensationalising the news, reporting inaccurately and unfairly, and worst of all, having no regard for the personal damage a report may have on a party….
The problem wasn’t the lack of journalistic rigour or even shortage of empathy involved, as one protest letter against the Kosmo! report pointed out. The problem was the lack of journalistic ethics involved in both the Kosmo! and the Mangga Online reports…
What does this tell us? It tells us that despite these laws to control the media, the media can’t be stopped from reporting unethically whether it’s on women, religion, transsexuals, a political party or any other issue. ”-Sex, sensationalism and salacious reports, Jacqueline Ann Surin, 05 Aug 2009
Ingat lagi masa di UM dulu, semua student Fakulti Sains Kompuer & IT di wajibkan ambil subjek Professional Writing in Computer Science, Critical & Analytical Thinking. Di situ kami semua diajar tentang creadibility dan etika dalam penulisan, serta untuk produce penulisan yang berkualiti, memang lecturer untuk subjek tu selalu stress kan tentang tidak menulis something yang berat sebelah, menulis setelah menjalan kajian yang teliti dan mendalam serta tepat, serta tutur dan gaya penulisan juga dititik beratkan, kerana penulisan mencerminkan siapa kita sebenarnya, maka jangan la tunjuk sangat si penulis tu cetek ilmu atau kebudak-budakkan. Maka dengan itu baru lah terhasilnya penulisan yang professional.
Di sini kin tertanya dimana wartawan terbabit belajar ilmu kewartawanan? Atau hanya bergantung kepada kehandalan diorang membikin cerita panas sensasi dan de-bomb? Tapi yang menjadi mangsa ialah subjek dalam report wartawan terbabit. Atau mereka belajar dari penulisan di Majalah Magga ?
Masalah penulisan tidak beretika bukan sahaja berlaku pada wartawan surat khabar, tapi wartawan Majalah serta TV & radio. Ambil contoh, Majalah pernah popular suatu masa dahulu dengan entri-entri ilmiah, Mastika. Mama kin siap langgan tiap-tiap bulan majalah tu, banyak isu dan ilmu yang dapat diambil ikhtibar, isu agama, isu kesihatan serta fakta-fakta sejarah yang memang menjadikan majalah tersebut berkualiti, tapi itu masa dahulu la, once majalah tersebut beralih arah dengan menulis entry tentang masalah sosial remaja, kelakuan sumbang di tempat rekreasi dan sebagainya. Sejak itu tiap-tiap bulan headline untuk majalah tersebut ialah kelakuan sumbang remaja, naik muak dan loya. tidak sahaja kepada kelakuan tersebut, tapi kepada penulisan dalam majalah yang dulu kin minati. Sejak itu Adios amigos Mastika.
Bagaimana pulak TV3-suku kita. well jangan marah kin sebab tambah nama tv3 dengan perkataan suku, memang chanel ni dah femes dengan nama ni, tengok je blog-blog yang lain. Dan kin memang bersetuju dengan nama manja untuk rangkaian tv femes di Malaysia. Kalau berita kat tv3-suku ni susah la nak cari info yang precise, tepat, dan betul. Ada sahaja yang berita yang pusing dan memengangi sebelah pihak. Kin bukan nak hasut, tapi ini realiti.

Sebagai rakyat Malaysia, kin dan korang juga pasti takmau disogokkan dengan berita tak berfaedah, berat sebelah, biased, sensasi semata-mata dan paling teruk takde kualiti. Para wartawan harus ingat apa yang anda tulis akan memberi effect kepada pemikiran para pembaca.
Media di Malaysia sekarang sudah kekurangan informasi yang tulus, beretika, dan kelas-A. Jangan downgrade kan pemikiran kami sebagai pembaca.

31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

* * * * * * ** * * * * * ** * * * * * ** * * * * * ** * * * * * ** * * * * * *
Pejam celik pejam celik genap dah masuk bulan Ogos. Rasanya baru beberapa bulan lepas je kin upload entri pasal merdeka, siap letak lirik lagu Tanggal 31 yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman, sekarang kin copy lagi lagu yang sama. Memang sangat evergreen lagu tu. Dah setahun berlalu rupanya. Maka bulan ni genap juga setahun usia blog kin yang dihosting oleh Cyberiahosting. Nanti nak kena bank in duit perlindungan blog ni, kalau tak ilang lah coretan-coretan kin dari alam blogging nie.
Bulan Ogos kalau korang rakyat Malaysia pasti korang tau ini bulan apa. Kemerdekaan lah! Tolak tepi la bulan harijadi korang, or harijadi aweks bepren korang ke, Bulan ni adalah bulan harijadi kemerdekaan negara Malaysia yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu.
Merdeka merdeka gak, tapi umat Islam jangan lupa, bulan suci dan istimewa akan hadir di penghujung merdeka nie, Bulan RAMADHAN ye. Sapa yang tak ganti puasa tu sila lah ganti. Especially member-member kin kaum hawa, dah abes ganti kah ? (reminder untuk diri sendiri juga). Sangat istimewa bulan ni dalam hidup kin, Gabungan ramadhan dan merdeka untuk tahun pertama kin bekerja. Excited nye nak berpuasa dan celebrate merdeka tahun nie.
Bulan ni juga sangat merdeka untuk kin sebab bulan ni juga kin akan konvo. 14 Ogos 2009 sebelah pagi. (Aritu kin tersilap baca tarikh konvo 11 Ogos.haha) VViP yang akan hadir hari konvo tu Y.B Datin Sri Hajah Aminah Haji Hussin dan Y.B Datin Rafeza. Cuba korang google nama y.b2 ni, apa result yang akan keluar gamaknye ;p
Okey sini saja celoteh kin, terima kasih kepada blogger bernama DAUS kerana ingatkan kin tentang kibaran bendera kat blog. Korang yang blogger pun diwajibkan kibarkan bendera Malaysia kat blog korang, jika korang Malaysia dan sayang Malaysia. Di galakkan juga kat rumah kat kereta korang letak bendera Malaysia. Baru la semangat Merdeka. MERRRRDEEEEEEKAAAA~~
p/s : semoga sambutan Merdeka kali ni sederhana, keserdahanaan itu penting dari sambutan tah hapa2 ~ jangan membazir



<sumbr:?http://mampat.blogspot.com/>
send by : Ashriq Squash.
Ko memang buat naya kawan je la Ceriq oi. Mati-mati kin ingat betoi
So korang yang rasa teranaiya, jangan marah kin. Marah si Ashriq ni. Kalau nak ym beliau, mesej kin yer.haha