Tersebutlah kisah… pada zaman sebelum millenium lagi, sekitar 1999, ada seorang remaja bernama kin (bukan nama sebenar), kin ni berada di Arau, Perlis, sebuah negeri yang kecil di Utara Malaysia. Negeri nya makmur, aman damai cuma sedikit panas berbanding negeri-negeri seperti Kuala Lumpur etc etc.
Kin adalah seorang remaja yang suka berangan, siang malam pagi petang beliau akan berangan, angan-angan nya tinggi menggunung, sepantas kilat, menggapai bintang-bintang di awan. Akan tetapi dek kerana beliau ni masih bergelar pelajar di sekolah menengah kebangsaan di negeri Arau, beliau terpaksa kurangkan sedikit berangan nye, memandangkan tahun hadapan kin ni akan menduduki peperiksaan menengah rendah.
Subjek yang paling diminati kin ialah tak lain tak bukan, Mata-matik (omputehnye mathematic!) , Bahasa Inggeris (English), Geography, Sains, yang lain-lain tu ada kala kin suka, ada kala tak suka.
Maka tersebut lah kisah, suatu hari, kin(bukan nama sebenar) ni, sedang asyik buat latihan Mata-matik, waktu itu sekitar jam 3 petang, Sambil study, dengan posisi tergolek dok, melintang patah gitu, tetiba ter-ber-khayal, khayal nya jauuuuuhh beribu batu, merentas awan biru, laut hindi, pasifik, benua-benua, rupanya khayalan nya berada dalam kapal terbang tanah melayu airlines.
Tercangak-cangak kin melihat ke tingkap kapal terbang, excited melihat keadaan bumi, terutama negara-negara yang tak pernah dijejaki oleh kin. Tetiba terdengar suara “Ladies and Gentlemen, Please fasten your seatbelt, bla bla bla (sleng omputeh ala British yang tak kin fahami)”.
Tak lama lepas tu, pintu kapal terbang pun terbuka, satu cahaya yang terang menerjah masuk ke dalam kapal terbang, menyuluh muka kin, menyebabkan kin terpejam sebentar, ‘Oi! jalan la, fast fast..’ tepik orang di belakang, terpaksalah kin jalan menuju ke pintu tersebut. Tak lama lepas tu, kin dapat sesuaikan diri dengan keadaan disebalik pintu itu, terkejut tak terhingga kin, bila terlihat oleh beliau, tempat yang tak pernah dijejaki nya sebelum ini, orang sekeliling beliau tidak lagi ketinggian normal Malaysia, hidung, mata, rambut tidak seperti Malaysia, rupa-rupanya begitu asing.
Di sebabkan tempat tersebut begitu asing bagi kin, terpaksa lah kin ikut je orang-orang di hadapan beliau, ikut punya ikut, tak semena-mena, kin ada di kawasan lapang, suasana putih sesuci salji.. SALJI!! Keadaan sekeliling menjadi sejuk sekali, titisan titisan ais putih pun turun, Terlompat-lompat keriangan remaja dari Arau, Perlis ini. Kerana kali pertama melihat salji original. Terlihat beliau ada seorang lelaki yang berumur, dalam lingkungan 40-an berdekatan kin, lalu kin pun mendekati lelaki tersebut.. ‘Eskius me, i nak tanya, i kat mana sekarang ni?’ lalu dengan renungan yang pelik lelaki tersebut melihat kin ‘Adik! You… are now.. dekat.. OVERSEA…’
‘Adik!’
‘oooOOoo adik’
adiiiiiik…..
‘Bangun.. dah petang ni, kata nak pi praktis squash..’
‘PAP!!’….
Tetiba belakang kin terasa sakit, tak semena-mena tangan Mama hinggap kat punggung kin.
‘Adoi, Mama ni, sakit tau’ keluh kin.
‘Dah, tidoq sampai ayaq liuq meleleh kena buku latihan, dah adik bangun, cepat-cepat siap, dad nak bawak pi praktis squash, dah lewat’.
Dad adalah panggilan untuk ayah, family kin ni campur omputeh sket.
Kelihatan Dad sedang sibuk memunggah buah kelapa dari belakang kereta, lalu di bawa nya ke dapur.
Sedang kin ambil tisu lap-lap kan air yang tumpah dekat buku latihan, Dad datang duduk di kerusi berdekatan dengan kin.
‘Mimpi apa pulak tadi? lain benaq mimpi tadi nampak..’ seloroh Dad pada kin.
…….
…
‘Dad…’ kin memulakan dialog.
‘Awat nya?’ Jawab Dad.
‘Dad! adik nak pi oversea!…’
‘….’ Dad pulak mula membisu.
‘Bila?’ tanya Dad.
‘Nanti, tapi lagi cepat lagi bagus, ni tahun depan adik nak PMR, apa kata kalau adik dapat 8A, dad hantaq adik pi London ka US ka, Europe ka…’ laju kin menjawab.
‘Ala macam adik nak jadi macam Dad, masa Dad askar dulu, Dad selalu pi oversea…’ tambah kin lagi.
……
…
‘Dad?…..’ tak suka benar kin bila idea/kehendak beliau tak dilayan.
‘Adik.. dad pi sebab di hantar, ada tugasan, tanggungjawab, bukan suka-suka….’ jawab Dad dengan nada yang perlahan.
Tugasan? Tanggungjawab? eh apa kebenda tu? kin tak dapat memahami maksud Dad.
‘Adik, you’re not born with silver spoon in your mouth. Even none of us does.’ sambung Dad lagi, kali ini langsung tak difahami kin, tapi sedar akan seriesnye jawapan Dad.
‘But why not you go by yourself one day…with your own money, your own effort, all by your own’
….
..
.
Tetiba Dad dan kin masing-masing tidak berkata, Dad melihat kin dengan pandangan penuh bermakna, bagai ada harapan yang tak dapat difahami oleh kin, kin pulak, pandang dengan pandangan yang kelabu asap.
‘@#$@$@$*&*&%%@@’ bebel kin dalam bahasa tak difahami.
‘Ala dad ni, tak paham naluri remaja la, adik nak pi nak pi la, sudu perak la pulak…’ bebel kin lagi.
‘.. baik adik pi main squash la, mana tau kot-kot jadi Nicol David, rata dunia boleh pi…’ kata-kata sambungan dari kin, sambil jeling manja kepada Dad.
Dad hanya mampu tersenyum penuh makna melihat anak perempuannya yang kepalanya ada twist sikit.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Itu lah cerita kin pada 11 tahun yang lepas, dialog yang kin takan lupakan, ada kalanya membuat kan kin ketawa sorang diri.
11 tahun kemudian, kin masih ada, cuma lokasi tika menaip cerita ini berlainan, kini tak lagi di Arau, Perlis. Tidak lagi bermain squash, ketinggian berbeza, bentuk badan berbeza, cuma kepala kin dulu dan sekarang masih sedikit twist, masih dengan angan-angan yang setinggi-tinggi bintang di langit.
Kini Dad sudah tiada lagi, 5 tahun lepas Dad meninggalkan kin dan mama dan sekeluarga kerana serangan jantung. Namun didikan beliau masih diingatan. Salah satunya dialog ’sudu perak’ beliau.
Pagi tadi ketika menyiapkan gambar-gambar pelanggan, terdapat satu gambar di rakamkan di luar negara, lebih tepat sekali oversea. Terdiam sekejap kin melihat gambar tersebut. Terlihat salji-salji memutih di kaki-kaki mereka. Terus kin membelek, bagai ada sesuatu yang hadir dalam benak fikiran kin.
‘Dad! adik nak pi oversea!’…
Bagaikan flash back dalam drama, dialog ni bermain dalam minda kin, satu-persatu scene 11 tahun yang lepas di susun tepat seperti asal, dari mula kin bermimpi hingga senyuman bermakna Dad kepada kin.
Di hayati sedalam-dalamnya scene tersebut, setiap bait pertuturan Dad, ’sudu perak’ yang bikin kin marah, kini bagaikan bunga dalam fikiran kin.
‘Ya.. InsyaAllah, adik akan pergi ke tempat yang kin impikan 11 tahun dahulu, dengan usaha kin sendiri. Dad…’
Lalu tidak semena-mena satu perasaan seperti semangat yang membuak-buak menerjah dari dalam diri kin, orang kampung panggil ‘naik sheikh’, cepat-cepat kin mencari Mama, dan dengan perlahan-lahan, kin duduk sebelah Mama yang sedang mengait crochet.
‘Awat, ada apa anak ma sorang ni? ‘ soal Mama kin tika melihat anak nya dah naik sheikh.
‘Mama, adik nak pi oversea..’ jawab kin sambil menahan sebak yang entah dari mana tiba-tiba menyerang lubuk hati kin.
…..
..
‘Mama…’ tanya kin lagi, tika melihat Mama nya diam buat seketika.
‘Adik…’ Mama menjawab lembut.
‘I know you can..’ jawapan yang membuatkan kin terpandang dalam kedalam mata Mama
‘Because adik, you’re full with imagination, with dream, it is time to execute and realize it..’
arggg, air mata ni masa ni la nak jatuh. cepat-cepat kin ambil tisu, lap ayaq mata ni.
‘Laaaa… budak ni, itu pun nak menangis. pi la Oversea ja pun,…. ni sebelum nak pi tu, duit dah cukup?.. tau nak teriak ja…@#@#(*&*%@%$…..’ bebel Mama kin, tujuan untuk kurangkan sebak di hati kin.
‘Satu lagi, jangan lupa..’ sambung Mama.
‘Apa dia Mama? ‘ soal kin kembali.
‘kalau boleh..Mama pun nak ikot! heheheh…’ seloroh Mama.
‘insyaAllah Mama
‘ kali ini, kin pula mampu memberi senyuman bermakna kepada Mama.
Tak lama kemudian, dibelek-belek kin website tiket kapal terbang tanah melayu airlines, dan di gatalkan tangan nya mengupdate facebuk beliau tentang angan-angan beliau yang 11 tahun dahulu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dapatkah kin 11 tahun kemudian ini merealisasi mimpi nya? Dapatkah beliau menaiki penerbangan Tanah Melayu Airlines? Bilakah? Bagaimanakah?
Semua persoalan itu hanya kin yang mampu isikan dengan jawapan, hanya kin yang mampu merealisasi dan ‘execute’.
InsyaAllah…
amin.

-ashikin abdullah -
- 7 July 2010 -
- July 6th, 2010
- Posted in About Kin, Uncategorized
- Tagged about, adik, angan, arau, ashikin abdullah, cita, dad, family, kehidupan, life, mama, once upon a time, oversea, Perlis
- 2 Comments
Okay guys, here is very fast update on my activites/news. I’m writing this, with my hand and legs shaking-shaking. Why? well, i’m very easily get excited, nervous sweet girl..etc..etc.. Okay2, back to the real story, I’m just checking my email, and have to go through hundreds of email, mostly notification from facebook, thanks fb~ .. Suddenly, i saw an alert from APM (artphotomania.com) comment. Once checking on it, it was, one of my digital art work made to APM’s Choice : May 2010 Best of Digital Imaging.
Here is my photo that made to the APM’s Choice:-
APM’s Choice : May 2010, Best of Digital Imaging

Title : Insomnia
On last January 2010, my digital art work also made to APM’s Choice, in same category of Digital Imaging. Thank you very much guys
APM’s Choice : January 2010, Best of Digital Imaging

Title : Somewhere I Can Breathe
The Strong Point of This Photo
Congratulations…,
The Strong Point is the idea & the skill to create a Great Digital Manipulation artworks.
( Budi Hartono )
p/s: I just created a fan page in facebook called Ashikin Abdullah Photography©, feel free to drop by and be fan of my fan page, by clicking the LIKE button 
- June 12th, 2010
- Posted in About Kin, Activities, Photomanipulation
- Tagged art, artphotomania, ashikin abdullah, awards, digital imaging, editing, indonesia, malaysia, malaysia art photographer, malaysia photographer, Photography, Photomanipulation, photomanipulator
- No Comments
This is dedicated, to the one i looooveeeee…..
While I’m far away from you my baby
I know it’s hard for you my baby
Because it’s hard for me my baby
And the darkest hour is just before dawn
Entry yang sememangnya di dedicate untuk buah ati ulam jantung berbulu dan berkaki empat; tak lain tak bukan Cik Bubuq. Yang kin dan mama terpaksa tinggalkan dia sekor-sekor kat kampung.
Sesungguhnya acu sangat riiiinduuuu bubuq, rindu nak pelok bubuq, rindu nak kena cakar dengan bubuq, rindu nak bagi ikan mentah kat bubuq, rindu nak kena buli dengan bubuq….. bubuuuuuuq
Ini semua si NONO punya pasal la nie, dia gi upload gambo kucing jantan yang tengah desperate cari pasangan, si Rocky; muka sebijik macam kucing betina kin yang garang dan tak desperate sangat ni. Sama gemuk sama buncit.hehe



p/s : sapa-sapa tau umah kin, minta tolong tengokkan bubuq kin tu ye, tah2 dah kurus, tak sexi macam dulu lagi dah.haha
** ini la kucing nono yang ingatkan kin pada bubuq, rocky

sejibik kan ;-p
anak ma sayang… Bangun pi skolah (nada manja)
adik~ mangkit pi sekolah (nada biasa)
oik adik! MANGKIT PI SEKOLAH! (nada soprano)
Korang ingat lagi tak dialog di atas. Ala dialog pembuka kata di pagi-pagi hari korang,saat korang masih bergelar murid sekolah, selalu nya dialog di atas mama korang yang akan ucapkan. Kin sungguh tak suka perkataan ni masa kecik-kecik dulu. Yerla, tengah diulik mimpi indah nak kawen dgn prince charming, tetiba ada suara dari alam lain, dah tu suruh gi sekolah pulak. Haha
Tapi bila dah besar, dah keja, terasa indah sungguh perkataan tu, perkataan yang tak dapat diulangi lagi, melain kan kena simbah dengan air sebab susah sangat nak bangun subuh. Tapi kalau dah duduk bujang tu, set la alarm kat henpon, itu pun kalau setan tak kacau suruh tido balik. Dulu sebut sekolah adalah satu tempat paling tak best bagi kin. Sekolah??? WTF..hehehe

Tetiba je kin buka cerita pasal zaman sekolah ni kenapa? Cerita nya macam ni, semalam lepas balik keje kul 9 malam (cemerlang nya kin), borak-borak dengan mama kin sambil mengurut mama, Tetiba mama cakap‘Adik nak tau, mama tak sangka adik nak jadi programmer…’
Eh awat pulak? Kin memang minat programming sebab tu amek course Software Engineering masa kat UM dulu, musykil dengan statement mama kin, lalu kin pun tanya la, apa sebab mama cakap lagu tu (dialek Utara : ‘lagu’ means ‘macam’)
‘Adik nak tau masa sekolah, especially time sekolah rendah adik perangai macam mana?..’ suspens nye mama kin ni, yang kin ingat masa sekolah rendah, darjah satu kin eksiden semasa kawan sekelas sampai kena jahit dahi. Lepas tu banyak data dalam memori storage kin corrupt. ahaks~
‘Adik masa sekolah dulu, hyper active…’ Eh superduper active kin rupanya masa kecik-kecik dulu, sekarang je superduper hyper penyegan (malas). Mama kin pun cerita la kin masa sekolah rendah dulu tergolong anak-anak murid bernasalah. Dan paling obvious mama kin adalah cikgu sekolah tu, so kin terjerumus ke anak-cikgu yang tak best. Rakan-rakan sebaya kin yang anak-anak cikgu semua jadi favorite students, dan time darjah 5 diorang jadi pengawas, kin jadi….. pelukis papan hitam habiskan kapur.haha…Time tu kin mula teringat memori ramai cikgu-cikgu asyik cubit kin and marah kin sebab apa kin taktau, sebab buas sangat kot.
‘Mama tau sangat anak mama sorang ni, boleh focus 5 minit ja, lepas tu mula buat hal sendiri..’ mana nak focus, cikgu yang ngajar tak reti nak psycho budak-budak special macam kin, datang ngajo macam ajo budak U.hehe, mama cerita yang kin ni bila cikgu ngajar, kin akan melukis-lukis kat workbook, kat meja dan paling ekstreme terus pegi ke depan conteng-conteng blackboard depan-depan mata cikgu. Lepas tu cikgu pun datang komplen kat mama kin. Kin sangat suka melukis, setiap kali ada imagination terlintas dalam benak pikiran, terus kin abdi kan tak kisah la atas kertas ke meja ke even papan itam pun leh jadi.haha.. Tapi bab penulisan, tulisan kin kalah ayam mencakar tanah (cakar ayam la tu) Oleh itu cikgu pun komplen la lagi.
Itu satu hal, satu hal lagi, boleh katakan setiap hari bila mama kin jumpa kin kat sekolah mesti ada luka, kadang-kadang sampai koyak kain sekolah, dan mama kin memang kasi kin pakai seluar panjang kat dalam sebab nanti…er…lu piker la sendiri. Tapi yang pelik nye, sekali dengan seluar panjang pun koyak juga, ganas betul kin rupanya. Dan memelikkan lagi bila kin kerap jatuh longkang dan parit, even dah tau ada longkang depan mata, tapi jatuh juga. Dah tau parit tu dalam dan luas, tetap gak kin langkah, so gedebuk la kin jatuh dalam parit, member semua terlompat macam anak monyet sebab tergelak kin jatuh parit buat berpuluh kali. Yang selalu datang selamat kin ialah pakcik-pakcik tukang kebun, antara nya Pak Hashim kin panggil Pak Cin. Wife pak Cin keja kat kantin sekolah selalu kasi kin kerepek ubi yang kin panggil ‘french fries’ Melayu ;p
Paling kin ingat, ada sorang cikgu oldskool member baik mama kin juga, nama dia Sir Syed Talib, beliau ngajaq English masa kin darjah 4, dia punya English dun play-play la. Bak kata orang dulu-dulu, dia ni Cina Cambridge, (cina means senior). Sebab orang dulu-dulu suka meMelayukan perkataan omputeh. So bertransform la senior ke ‘cina’, ‘market’ ke mekit. Berbalik sejarah dengan Sir Syed Talib nie, dia ni once masuk kelas terus speaking English, kin pulak tak paham sepatah haram, kin sorang je pun yang tak paham, budak-budak lain boleh pulak paham, diorang semua buat keje yang disuruh, kin je terkulat-kulat sensorang, dah le meja kena pindah ke depan, tanda budak paling ‘special’sekali, kin pun tengok kiri kanan atas bawah, tetiba mata and kepala jadi macam sesumpah. Lepas tu mula la kin keluarkan alat permainan kin, pemadam, pembaris, main atoq-atoq.
Atoq-atoq ni macam Lego, cuma zaman tu takde lagi lego. Oleh itu kin amek la apa yang ada, imagine pemadam tu kereta, pembaris tu jalan, kotak pensil tin jadi rumah. Nak feel, kerusi yang kin duduk, kin jongket kan dari 4 kaki ke 2 kaki, macam lazy chair goyang-goyang tu. Bila ‘keta’ tu jalan nak balik rumah, engine pulak turbo, so eksos mesti keluar bunyi, ‘Vrooom…verooommm…ve…..’ tetiba ‘PAP!!!!….’ bersepai ‘lego’ kin kena bedal dengan rotan halus yang berbisa tu.
Kin punya terkejut, sampai kerusi jongket tu terlentang ke belakang, maka jatuh la kin bersama kerusi kayu nya. Sir Syed pun tak expect nak jadi macam tu, tapi punya ego dia boleh je buat derk and duduk kat meja guru, sambil senyum sinis dia berkata ‘Next time, pay attention..’ Tinggalla kin tercungap-cungap nafas sebab terkejut and sebab tahan malu jatuh. Tetiba ada suara sekeliling kin‘haha..hahah.HAHAHAHAH..haha..’
Buat ratusan kali nya mama kin terima report pasal anak dia yang sepet nie.
Bab result exam pulak, kin la anak cikgu yang kerap dapat F. bagi kin, F stands for FUN.ahaks. Tapi satu subjek favorite kin iaitu Math, itu la subjek yang kin score. Kalau nampak soalan Math terus ghairah nak jawab. Tapi kalau kasi English, Bahasa, buat Karangan, hish, tak de hati la nak jawab… ‘She is a girl’ True or False.. Ada aku kisah.. lantak la, She is she or she is sisie. I don’t care.
Penah kin pecah rekod, soalan English bergambar rajah, kin pegi lukis, ada gambar Boy, kin lukis Girl kat sebelah dia. Dalam pikiran kin tu tengah imagine kata boy tu sunyi takde kawan, so kin kasi la kawan, girl pulak tu,lagi lawa dari lukisan dalam gambo tu, ala-ala anime lagi. Lepas tu kena tarik telinga dengan cikgu bernama Hashimah.
Bab sukan, kalau boleh satu rumah sukan pun takmau terima kin jadi ahli diorang sebab pe’el kin yang ntah hapa-hapa tu, time orang lain lari kat padang, ikut 8 trek yang di sediakan, kin lari pegi keluar padang, pegi bilik guru cari mama kin. Boleh paw dua kupang nak beli ‘french fries’ kat kantin.
Itu la antara sejarah-sejarah penting kin di masa sekolah rendah dulu, kin sampai tak percaya kin sampai begitu punya aktif. Punya la bermasalah psychology, tapi Alhamdulillah mama kin masih bersabar dengan anak nya sorang ni, beliau tak biarkan kin hanyut dalam alam khayalan nya (ashikin in wonder-wonderland). Bila kin dah darjah 5, hyper active kin pun dah kurang, terus mama kin kunci kin dalam rumah, tak kasi kin main dengan kawan-kawan (kawan2 means basikal, pokok rambutan untuk di panjat, sungai sebagai swimming pool, anak-anak kucing sebagai teddy bear). Time tu dalam sejarah sekolah, budak bernama Ashikin Abdullah anak cikgu Aminah dapat A dalam English dan Bahasa Malaysia. Bila UPSR kin dapat 3A 2B. Ok la kan dari 1A dan 4 F.hehe
Kin pun tersengih sorang-sorang mengingatkan kenangan masa sekolah dulu. Lalu mama kin cakap ‘I’ve gone through hard time to get you out from your fantasy world, but there was Allah to help me.. Both of us have gone through rough time to be where we are now, and there was Allah to help us.. In time to come, you will need to drive your life alone, but remember, Allah will be there helping you.. ’ Berderau air mata kin jatuh. Terus kin lari-lari anak masuk toilet. Tak tahan nak nangis depan mama. Lepas tu buka air paip kasi mama tak dengaq anak dia tengah menangis. ‘Ha..bukak ayaq tu amek ayaq semayang sama. Semayang Isya’, dah pukul 1 pagi, lepas tu masuk tidoq..’
Ala mama ni baru nak drama sikit dah kasi pesanan penaja. Sekian korang sketsa 30-minit dari Ashikin Abdullah. Terima kasih sudi membaca sejarah hidup kin. Selamat beramal dan sayangi ibu bapa korang selagi mereka masih ada.
*credit & jutaan terima kasih kpd photographer yg shoot gambar budak2 di atas. sy telah cilok gambar anda
tapi sy tak tau sapa photographer tersebut

Jumaat 14 Ogos yang lalu telah berlangsungnya hari yang istimewa bagi kin (bukan kawen ye). Di mana lengkap sudah hidup kin dengan menerima segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) Univerisity Malaya. Setelah 4 tahun memegang status sebagai student di FSKTM, segala cabaran dan pancaroba hidup sebagai student, manis dan pahit nye kehidupan seorang pelajar sarjana muda Sains Komputer di UM telah berakhirnya dengan satu upacara di atas pentas berkarpet kuning di Dewan Tunku Canselor, UM.

photo by Mherizat
Once jejak kaki ke UM sebagai student Asasi UM tahun 2003/2004, kin dah mula pasang impian untuk naik ke atas pentas menerima se-kroll ijazah, pada 14 Ogos, impian yang satu itu dah jadi kenyataan. Takde le drama sangat, naik lebih kurang 5 anak tangga pentas, jalan 5 langkah, berenti sekejap sampai nama dipanggil, jalan lagi 10 langkah berenti depan Pro-Canselor yang tak tengok muka orang, kin berenti untuk pose depan photographer je (nampak sangat gila kamera..), kemudian atur langkah lagi untuk turun pentas. Sekejap je moment tu, tapi nak capai ke saat itu, mau 5 tahun (Asasi 10 bulan, Degree 4.5 tahun ) dengan penuh perit getir nangis dan air mata (sebab rindu kat mama…ahah)
Dulu kin impikan majlis konvokesyen kin ni dihadiri oleh mama, ayah dan kakak, abang ipar dan anak-anak sedara kin, dan setiap sorang di antara mereka wajib beli kan bunga dan tedi bear untuk kin (meriah nye…). Tapi apakan daya, 3 tahun sebelum ni ayahanda kin telah meninggalkan kami sekeluarga, yang hadir masa konvokesyen kin hanyalah Bonda & Kakak kin, anak-anak kak kin tak leh join sebab masing-masing bakal menghadapi pmr n upsr tahun ni - timing tak bagus betul.
Paling sadis dan kejam, takde orang hadiah kan kin jambangan bunga dan tedi bear, jangan kata jambangan bunga, daun bunga pon tak nampak. Bak kata kakak kin, “..buat apa nak berbunga-bunga, kami tak main la bunga bungi nie, geli…” tak romantik betul kakak kin tu kan.hihi.
Ingat lagi masa berjalan kat atas pentas nak amek skroll, walaupun sekejap, tapi masa melangkah tu rasa sangat lama sangat nak sampai depan pro-canselor. Time tu baru rasa kain ketat sangat, nak melangkah pun payah, gaya jalan ala-itik-pulang-petang. Nasib baik kasut heel tak tinggi 3 inci, kalau tak, baru jadi gaya jalan ala-itik-tak-pulang-pulang… Punya seksa nak sampai depan pro-canselor, once dah dapat skroll, terus kin pegang kain, angkat tinggi sikit, baru leh berjalan. Terlupa pulak lepas amek skroll, ada photographer standby nak shoot graduan berjalan selepas amek skroll, CLICK…masuk pulak gambar kin tengah jalan sambil tarik kain.haha. aduhai..

photo by Mherizat
Kenangan paling tak boleh lupa, lagu-lagu yang dimainkan semasa ‘iklan’ selepas satu-satu fakulti selesai ambil skroll. Kalau korang nak tau, lagu yang dimainkan, semua lagu mengingati jasa ibu. Mana tak nya lagu diorang pasang - Bonda(MNasir), Ibu(Aishah), (Sudirman), cuma lagu Pramlee dan Exist je tak pasang, kalau tak memang mengalir air mata semua graduan kat situ. Jenuh juga la menahan air mata dari menitis, tengok kiri kanan semua orang dah lap-lap mata, dalam dok tahan, menitis juga setitis dua air mata, hadeh, tisu tak standby lak, kena lap dengan jubah je la.hahaha tak senonoh betul. Takpe air mata jek, bukan air hingus… Bak kata member kin, NickNaqiyudin “Walawei, kita kena brain-wash la..”
Dah lebih 8 bulan meninggalkan alam ‘persekolahan’, once kembali ke UM, dan mendengar Pro-Canselor dan MC berucap panjang lebar, naik bosan gak, langsung kitorang tak fokus pun, bersembang sesama sendiri lagi best. Time tu ibubapa baru tau perasaan bosan mendengar orang membebel kat depan, mau tak nya, ada ibu-bapa siap lentok-lentok tido lagi, haha..rasakan. itu la kitorang alami masa ’sekolah’ dulu.
Mari layan aksi-aksi budak Sains Komp & IT setelah selesai konvo. Riang ria tak terkata. Layanzz…
photo by Mherizat

photo by streetboy124

photo by streetboy124

photo by streetboy124

photo by Ashikin Abdullah

photo by Norilyani Hassim

photo by Zarina Zakaria

photo by Ashikin Abdullah

photo by Afifah Latif

Ribuan terima kasih kepada photographers dan kawan-kawan kerana membenarkan kin copy-n-paste sesuka hati gambar diorang. Link kepada photographers :-
Mherizat: http://mohdherizat.blogspot.com/
StreetBoy124 streetboy124.fotopages.com/
Ashikin selepas KONVO
Once kin melangkah kaki selepas terima skroll, something masuk ke dalam kepala kin, suatu perasaan yang susah nak describe, kalu kin bebel kat sini pun buat pening kepala korang jek, yerla dah susah nak describe. Cuma yang mampu kin cakap kat sini, kini kin rasa hidup kin lebih bermakna, kini kin nampak lebih jelas apa kin nak dalam hidup, ke mana kin nak tuju selepas nie. Suatu perasaan yakin menjelma dalam diri, kalau dulu setiap dialog mesti di akhiri dengan ‘ye kot..‘, banyak benda kin tak pasti dalam hidup. Kini kin akhiri dengan ‘MESTI LA..‘ gile yakin (semoga tak overconfident sudah).
Tak lupa kepada korang yang sudi membaca karangan bait-bait tulisan kin kat sini, kin ucapakan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
:)