Fuh, rekod terlama kin tak update blog, dalam 2 minggu dah kin tak buka apa-apa entri untuk blog ashikinabdullah.com ni. Kesian tol blog berbayar ni dibiarkan sunyi je. Tapi takpe wahai blog ku tersayang, arini kin buka entri baru untuk blog ni.
Nak kira kan tempoh kin tak update blog ni, tak leh challenge tempoh kin tak balik kampung halaman kin kat Perlis tu, memang pecah rekod sangat, dah dekat 4 minggu kin tak balik Perlis. Patot la rasa rindu dan terasa sesuatu tak lengkap je dalam hati ni. Selalu nya 3 minggu sekali kin balik Perlis, tapi masa study dulu lagi la kerap, 2 minggu sekali. Memang member-member semua cukup susah nak ajak kin outing dan dating ehem.ehem.
Abaikan statement di atas tu, kita terus kan kepada motif sebenar entri kali ni. Sejak 2 menjak ni selalu pulak kin join outing team photographer Perlis. Best ker? Ha outing dengan diorang ni best kalau korang nak tau, dah la tak kedekut ilmu, tak kedekut DSLR pulak tu, maka kin pun berkesempatan la nak shoot menggunakan pelbagai jenis DSLR, dari CANON 40D dengan Lens putih (lens yang best untuk excercise otot lengan), ke Nikon d80 dengan wide lens (di mana batery grip dah loose, kena lekat dengan selotape.hahah. lawak tol la dslr yadziz nie), ke Sony Alpha ( sangat best bila nak low angle shot, tak perlu meniarap atas pasir lagi dah.). Pengahargaan kepada pemilik-pemilik dslr tersebut : hasnizam, yadziz & affacino.
Bila sebut tentang photographer Perlis, subject wajib diorang perlu shoot ialah Kuala Perlis, bahkan barang siapa pun yang datang Perlis, wajib datang ke Kuala Perlis, pekena ikan Terubuk bakaq dan Laksa Kuala Perlis. Kuala Perlis ni walaupun pantai dia hanya la lumpur yang menjadi habitat kepada ikan belacak dan siput-siput yang lazat di makan, tapi view kat sini sangat cun, terutama bila senja menjelma. Secantik mata memandang, boleh bikin korang jatuh cinta sama pemandangan kat situ.
Sini kin up kan satu gambar sunset Kuala Perlis kin shoot camera point and shoot (PNS) a.k.a kompek

Kin shoot ni di kawasan orang bertenet/dating di pinggir pantai, Perlis siap buat benteng batu khas untuk port-port orang date. Time-time senja ni memang peak hour untuk pasangan dating, keluarga pun ada juga yang bawa family tengok sunset. Sebelah malam, kawasan ni jadi port mat rempit dan geng kereta lumba. memang ala-ala tokyo drift.
Aduh. rindu sangat la kat Kuala Perlis. Rindu nak shoot lagi gambar-gambar kat Kuala Perlis ni.

Ini photo kin shoot pakai Nikon d80 dengan wide lens milik Yadziz. Ala dslr yang beteri grip dia tu ikat dengan selotape tu. Sangat sempoi dan lawak pun ada.hehe. Jangan marah sifu. Benda putih tengah-tengah laut ialah jeti milik Hotel Berasmana (apsal luar biasa je nama hotel tu). Tempat tu macam dewan serbaguna la juga, kalau nak celebrate besday ke, kawen ke apa-apa even pun boleh. Sangat sejuk mata memandangkan gambar ni.

Ini pulak, gambar bikin mata korang merah seperti warna merah dalam gambar.hehe. Ini pun time sunset di Kuala Perlis. Ha satu lagi keistimewaan Kuala Perlis ialah masa petang air surut. Korang leh jalan atas pasir tu sampai tengah laut sambil korek sipot. Tapi pastikan jangan pakai kasut yang fancy-fancy, selipar jamban sudah memadai, ala nak redah lumpur ja kot. Jangan jadi macam Kin, lepas outing Puteri Bunian tempoh hari, geng-geng photographer Perlis ni ajak outing kat Kuala Perlis pulak, redah Benteng Pasir ni la, kin dengan kasut wedges nya masuk dalam lumpur tu, maka tenggelamlah kaki kin bersama wedges kin. HAHA tragis betol la. Begitu jua si Pistol7, kasut branded dia pun dah jadi mangsa lumpur Kuala Perlis. Pendek kata pakai selipar jamban ja kalau nak jalan sini. Macam makcik-makcik yang selalu kutip sipot kat sini, diorang slamber je pakai kain batik. Korang ada brani nak turun dengan kain batik dan kain pelekat? hehe

Kedua - dua gambar di atas kin shoot menggunakan DSLR Sony milik Affacino. Masa shoot ni kamera tu dah cecah pasir lumpur dah, ini lah untung nya ada live view boleh ubah. haha. Ops! terbocor rahsia pulak. Affa jangan marah na..
Sebut pasal Kuala Perlis ni, satu benda yang bikin kin sangat rindu ialah SOTONG GORENG TEPUNG. tak boleh lupa dan tak boleh tak makan dalam masa sebulan. Sekarang ni dah sebulan kin tak makan sotong goreng tepung, punya la mengidam tak terhingga, baru-baru ni kin pegi la makan kat restoren dekat dengan apartment kin, Warung Opah, order la sotong goreng tepung. Dalam pikiran dok imagine la sotong goreng tepung Kuala Perlis, sedap hingga menjilat jari. Tapi yang datang, sotong dibungkus dalam tepung yang kembong dan bulat. ALAHAI… ini dah macam cucur jemput mama kin buat je ni. huhu. dah la tak sedap.

Ini lah sotong goreng tepung idaman kalbu kin. Sotong Goreng Tepung kedai abang ya’aw di Kuala Perlis. Pekena pulak dengan sos thai. perh. bisa bikin jatuh cinta berkali-kali ni.

Comments and trackbacks
bestnyer gambar2 diatas. saya ni ahli club fotohukm. minat plak tengok web ashikin. gambar best2, lawak pun ada. selamat berkenalan.
ya. salam kenal utk mizan juga. pegi tak broga tu nanti
pegi jgn tak pegi. sgt best n cantik.
hati2 la ye naik sana.
aik..cepatnye reply. tq much2. ni link flinkr saya http://www.flickr.com/photos/mizan_71. Broga tak dpt pegilah, kena on call 24jam masa tu. sedih…
salamz…HUU beshye ade tempat yang cantik macam tu kt
kampung ashikin
lagi-lagi gamba yang baru tu macam lukisan pun ade especially
gamba jeti hotel tu huh menggamit kalbu… anyway all the
best untuk cik ashikin kita ni dan jangan lupa senyum selalu
ok..
oo patut la DSLR ku terasa masin..rupa2nya berendam selut air laut kau kerjakan ye he he
Janggal - mari la datang Perlis janggal..kitorang bwk jln2
Affa - ala affa guna terus masuk dlm sungai.hehe..kin menggunakan kemudahan live view tahap max.. esok kin balik. nak guna sony aplha lagi ;p
akan tiba masanya kite ke sana huhu (entah bile la)
sibuk lagi sekarang ni tapi kalau shikin ade amek gamba-gamba
baru upload la ye tak sabar nak lihat hasil karya cik shikin
ni huhu… penat dan penin
warong opah di bukit jalil?
Naza -> ada. warung berupa restoren. sedap. kecuali sotong goreng tepong tu
tau.. selalu lunch kat situ.
naza - oh puchong kan.dekat sgt dgn bjalil. nanti model shot kat taman rekreasi bukit jalil. model -naza
minat dengan karya2 awak..syikin..
eh..cm na nk join photographer perlis 2…dk kt perlis jgk..hehe..xdk mber2 yg bleh beri tnjk ajr…
Leave a Response