Event : Putrajaya Extreme Sport 9-10,January,2010

Location : Taman Cabaran, Putrajaya

* * * * * * * * * * * *

10 January yang lepas kin pergi menembak, selepas tengok kawan kin si Naza sangat excited dengan acara Extreme Sport ni. Abes kawan-kawan dia ajak, racun nya ialah air Revive yang akan disponsor oleh beliau sendiri. Maka hadir lah kin dengan EOS450d, Kit lens 18-55mm. Tersimpan di dalam beg canon yang strapnya dah putus, kin ikat ketat-ketat.

Banyak kategori yang ada, peserta pun ramai dari kecil,remaja sampai ke berumur. Dalam banyak-banyak aksi dan peserta, kin lebih tertarik dengan aksi kanak-kanak. Jom layan gambar kin shoot yang tak seberapa ni. :)

Jatuh dan Bangun

Focus

Junior

Semasa menunggu kawan-kawan kin pegi menyelinap masuk hutan untuk shoot BMX, kin tunggu je kat luar, bawah pondok sambil layan scenery putrajaya, cantik juga landscape Putrajaya ni, cuma panas je time tu. Tetiba ada anak-anak omputeh ni dok main-main tak jauh dari tempat kin beristirehat. Asyik sungguh diorang bermain, sampai tak kisah kin tengah tangkap gambar diorang.

Apa yang membuatkan kin tertarik nak shoot gambar kanak-kanak ni bermain, bukan hanya kerana kecomelan dan aksi diorang, tapi sebab ada cahaya matahari yang kuat dari tepi, membuatkan kin immediately shoot setiap aksi diorang.

Looking for Light of Excitement

Kids and Fun

Love and Play

Hehe

Their Playground

Sekian dari kin, gambar photography, human interest, kurang editing :)

Kids & Fun : Putrajaya Extreme Sport 2010

Comments and trackbacks

wah..dah lame akak tak bertandang kat sini..layan gamba2 fotogenik..best gak :)

Same interest..Human interest..

Leave a Response