
Resources
Model : Elandria
Column : Mjranum Stock
Lamp : Maureenolderk
“Bagaimana ingin aku membencimu, Jikalau setiap hari merindu…
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..”
Professional Photographer & PhotoEditor (from Arau to the WORLD)

Resources
Model : Elandria
Column : Mjranum Stock
Lamp : Maureenolderk
“Bagaimana ingin aku membencimu, Jikalau setiap hari merindu…
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..”
Photomanipulation yang kin buat semalam, sempena masalah kin tak boleh tidur, ayat sedapnya ‘insomnia’..

Lately kin susah sangat nak tido, nak pejamkan mata. Sebelum ni pukul 12 tu kin dah nyenyak tido. Tapi sekarang pukul 1.. 2.. 3.. 4 tak tido - tido lagi. Mungkin sebab sebelum ni kin dok berjaga untuk siapkan tugasan. Last-last; masa tugasan dah habis, mata tetap tak boleh pejam. Ah sudah…. macam mana ni. Adakah kin terkena INSOMNIA?
Terlebih dahulu, kin nak sharing dengan kawan-kawan semua, apa kin buat/aktiviti kin tat kala kin tak boleh tidur.
1. Buka laptop ku, (ok kin takmo nak cakap laptop kin veteren dah ok. rasanya tiap2 post pasal laptop kin, sure kin akan kutuk laptop kin.. well laptop ni la membantu kin dalam menyelesiakan tugas-tugasan)
2. Double klik kat WINAMP shortcut icon kat desktop. Ini lah favorite software kin untuk music player. ITunes, Real Player etc etc, bukan pilihan kin, taktau kenapa. mungkin sebab simbol kilat tu menjadi daya penarik.
3. Connection itu penting; OK! ini part kin tak gemar nak stori kat kawan-kawan semua. Untuk kin mengaktifkan diri meng-surfing, facebooking, flickring, blogging, etc.. kin menggunakan kotak hitam. Kotak Hitam yang dihasilkan oleh satu kompeni ni (tips : iklan potong, potong, poootong..) untuk dapatkan connection, terpaksa la kin letak kotak hitam kat balkoni kin. so kin dan laptop kin akan berada dekat dengan balkoni juga. (jangan tanya kenapa kin tak beli router, lan cable yang panjang..). Imagine kul 1 2 3 pagi kin duduk kat balkoni yang terbuka. wah SEEEZUKKS tau uols.
4. Photo and Photo and Photo; mungkin dah memang masuk ketubuh kin, sehari tanpa melihat photo kin tak boleh duduk diam. mesti check every folder sampai ke lobang cacing kin cari photo yang sesuai. Untuk di proses
5. Photoshop CS3; haha selepas buka photo, possibility untuk kin on software ajaib adalah incredibly tinggi. Bila dah benda ajaib ni ada depan mata, mau 2 3 4 jam melekat kat depan laptop. kadang-kadang rasa nak terkuncil disebabkan kesejukan malam pun boleh di’pause’kan. semata-mata nak implement idea yang muncul dalam benak kepala kin :-p So ini lah titik tolak kin tidur lewat. Selagi tak puas apa kin buat, selagi tu takkan tidur. Tapi kalau puas hati, otomatik tidur. Pernah berkali-kali kin tertidur depan laptop.
p/s : kalau mama kin ada; sure pukul 1, dia bangun, marah-marah kin suruh tido, lepas tu kalau kin tak tidur lagi, pukul 2 pagi dia bangun lagi marah-marah lagi suruh tidur, pukul 3 pagi, pukul 4 pagi..last-last dia pun tak tido. Time tu mama kin pun akan berjaga, tapi tak buat la aktiviti kurang sihat macam kin, mam a kin time tu buat solat sunat, hajat etc etc. lepas tu buat masak air.. buat air teh susu kegemaran anak manja dia ni sorang. tup-tup, air dah siap; kin dah berdengkur tido
Oleh itu mari kita study pasal INSOMNIA atau masalah tak boleh tidur kin ni
Apa itu INSOMNIA?
“Most adults have experienced insomnia or sleeplessness at one time or another in their lives. An estimated 30%-50% of the general population are affected by insomnia, and 10% have chronic insomnia.
Insomnia is a symptom, not a stand-alone diagnosis or a disease. By definition, insomnia is “difficulty initiating or maintaining sleep, or both” and it may be due to inadequate quality or quantity of sleep. Insomnia is not defined by a specific number of hours of sleep that one gets, since individuals vary widely in their sleep needs and practices. Although most of us know what insomnia is and how we feel and perform after one or more sleepless nights, few seek medical advice. Many people remain unaware of the behavioral and medical options available to treat insomnia…. [read more] “
- ok sejujurnya kin bukan orang yang gemar nak baca artikel yang berleret-leret dan dipenuhi perkataan kin tak paham (~jangan tiru perangai kin ni). Oleh itu dikonklusikan insomnia ni penyakit susah tidur..ok..hihi.. Dah tahu maksud insomnia, sekarang kita masuk bab Penyebab terjadinya INSOMNIA
“Psychological related insomnia
The most common psychological problems that may lead to insomnia include:
Treatment without Medication
The non-medication treatment methods used to help insomnia are often focused at helping the patient “relearn” how to sleep. Some of these techniques are common-sense habits that go a long way in helping people feel sleepy at night. These include:
My latest photomanipulation work, it took almost 3 hours to finish it, it worth the wait and hard work, plus imagination :D. It is been a while i take a rest from photo-manipulation work, i focus on photography and less editing, but i really cannot put myself away from this manipulation photo stuff, once the Adobe Photoshop CS3 is on, my head and my fingers start operating, then it goes ; photo operation session :-p
p/s : personally i consider this is my masterpiece of my photo manipulation work. (syok sendirinye)

I love when you do that hocus pocus to me.
The way that you touch, you’ve got the power to heal.
You give me that look, it’s almost unreal. It’s almost unreal.
-Roxette, Almost Unreal
Music does give effect and feeling through out my photo manipulation process
Thanks a lot for the free resource @DeviantArt.com
Resources & Credits
Model by RammKitty Stock
Background by Shudder Stock
Daun by Mynti Stock
Pond by Spedding Stock
Achievement :-
- Made to the PHOTO of the WEEK!!! by *ARTISTIC Photography*
Terlalu banyak minum kopi aku menyanyi, Ditemani teko berasap dan bau wangi…..
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae, Hayati….
Ok ini bukan nak story pasal kopi, kedai kopi mahupun abang yang tolong bancuh kopi Frappocino kat SetaBak. Sikit pun tak, cuma fast update setelah kin rasakan berzaman tak update blog ni. Ingat lagi dahulu kala, masa tengah gila berblog, tiap-tiap hari mesti update blog, tak kisah apa jenis topik, lirik lagu pun boleh post semata-mata nak meng-updatekan blog ni. Kekadang tu siap nak luahkan perasaan tengah sedih, angau, rindu dan macam-macam mak nenek lagi.
Sejak dua menjak ni kin tersangat la bizi, sampai tak menang tangan, jangan kata kan tangan, jari jemari pun tak menang nak menaip, cuma tinggal jari kaki jek lagi tersimpan rapi dalam kasut high heel 3 inci kin. Ops kasut dah itam, nanti nak kena beli.ahaks~
Ok sekian pesanan penaja. Sekarang sambung minum kopi sambil dengar lagu Malique & Salam - Cerita Kedai Kopi….
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi
Patot la kawan kin asyik sebut “kedai kopi,yeah-yeah..kedai kopi..” ingatkan kena penangan Kopi Janda, rupanya lagu nya asyik skali.
komen yang membina aja diterima pakai
:)

Gambar yang di shoot semasa bercuti di Lenggong Perak, memang kampung idaman kin. bayangkan rumah Melayu dibuat dari kayu, di kelilingi kebun mangga, rambutan dan manggis, dan toilet kat luar rumah. seram sei. Paling asyik bila sebelah depan rumah ada sungai yang jernih dan mengalir laju. Lebih jernih dari Bukit Air kat Perlis. Anak-anak yang berkubang tu ialah Ihsan(yang buat jari tu, sampai sekarang tak tau apa maksud simbol tu), Afiq (budak yang menyelam dan ada angkat peace), Imran (berdiri dan buat muka), Amin yang tak mo pandang kamera. Gambar ni di shoot 2 tahun lepas.
I Go My Own Way & Style (Bagan Lalang Outing)
Ini gambar latest, 2 minggu lepas kin join outing yang di anjurkan oleh ZlanJ, otai dan hantu landscape shoot (especially sunset and night shot). Niat diorang nak shoot sunset dengan matahari merah menyala a.k.a golden moment. Tapi apakan daya, awan tebal dan mendung. haha. Kanak-kanak di atas dan seorang awek yang cun (kakak diorang maybe) asyik bbermain pantai. Diorang sangat cool, kin shoot gambo diorang relek jek. Kin siap pusing keliling diorang nak amek angle dan lighting yang sesuai. Korang memang rock dan cool adik-adik sekalian. Semoga jumpa di lain hari. Boleh kandid terang terangan lagi

Satu lagi gambar lama 2 - 3 tahun lepas, hasil dari kamera berkuasa super power Motorola V3i. haha. Time ni musim buah mempelam. Kat kampung kin di Arau, Perlis saat-saat musim ni memang meriah dengan mempelam, macam-macam ada, HarumManis, dan lain-lain. Sayang nya kin tak berapa gemar mempelam ni. Tapi masih boleh makan la sikit-sikit. Oh ya. Mempelam ni kalau orang keyell we call it Mangga. ahah teringat ada kawan-kawan tanya apa itu mempelam. Model di atas ialah anak sedara kin sendiri Aiman Mubin dan Fakrur Radzi. Ini time diorang masih kanak-kanak, sekarang masing-masing dah macho dan hensem tak hingat. Bangga nya aku sebagai maksu korang. Okey nanti belanja acu McD. ;-*
Very-very the latest. Gambo edit sepuas-puas ati semalam. Hot from hardisk


Ini pasangan bercinta yang memiliki dslr Sony Alpha - Affacino & kak Liza. Kin shoot semasa outing di Abandoned House. Asalnya kin talent time tu.Haha macam tak caya nya ku jadi talent. So time ni time rehat sebentar. Kin dengan baju kurung merah menyala dan kasut 3 inci lebih shoot diorang. Betapa seksa nya kin nak tunduk untuk ambil low angle. Telebih bend kang koyak lak baju, patah pulak kasut.hehe. Tapi kapel ni memang loving. Cepat la kawen affa dan kak liza. Kin ngidam nasik minyak ayam merah

Outing bersama Napie. Ish napie lagi. Kena bayar la sebab promote napie.haha. gurau je bro. Model bernama Rabiah Leona Marissa. gambar ni kin kandid jer. lepas tu edit sesedap rasa menggunakan perencah Photoshop ;-p
Sekian. Kopi pun dah habes. Nak sambung buat tugasan. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi membaca setiap bait kin taip dan melihat photo-work ku. Selamat malam anda semua
Entri ringkas dan kurang ayat-ayat bebel, untuk update digitalwork n artwork kin yang sememangnye dah lama tak update kat blog ni. Kalau korang nak tengok yang latest artwork kin, korang boleh visit Flickr Kin, tak pun PhotoBlog Kin. Sebab untuk blog ni, kin khas kan untuk kin luahkan pendapat dan aktiviti ;p


Photographer & Editing : Ashikin Abdullah
Tok Guru: Napie Photography www.flickr.com/photos/napie/
Makeup/ Hair/ Wardrobe : Zue Hashim
Model : Rabiah Leona Marissa


