Tagged: klcc

SELAMAT TAHUN BARU kawan kawan semua. dengan nada excited kin wish happy new year untuk korang semua. Well macam ni le kin, tiap-tiap tahun,tiap bulan(kecuali datang bulan), tiap hari, tiap saat excited dan ceria sentiasa.

Pejam celik pejam celik, tahun dah berubah. kejap sangat 2009 berlalu. 2010 dah mari. Kin amek masa 5 hari untuk publishkan entri sempena tahun baru ni. Ntah kenapa, idea tak kunjung tiba. Sedap-sedap goreng ayat dalam blog ni, tetiba mati kutu. blur sebentar, pastu idea tak mari-mari. Mau 2 3 kali kin delete, retype, delete balik semata-mata nak ayat sesedap mata membaca. Tapi what the heck kan. Goreng je la kin. Ini blog kamu. :)

Kin kasi korang gambar untuk new year eve kin shoot. korang kena dongak dan telengkan kepala korang. Ini gambar KLCC for different angle, perspective and view. Ashikin punya view :)

http://www.flickr.com/photos/ashikinabdullah/4244409777/

Kin, mana gambar FIREWORK?

A’a kan, dah kata New Years Eve. mesti wajib la ada firework. especially setelah ada dlsr ni. Erm.. sedih sungguh nak story kat kawan kawan semua. DSLR dah ada, tripod dah ada, view cantik. skali… huhu sedih hindustan nye love story ni tau.

Tanggal 31 December 2009, jam 10 malam kin telah joinkan diri terlibat dengan group Alphanatics‘ outing. Tema outing, new year celebration. Of course niat di hati nak shoot firework. Setelah di poison oleh ZlanJ, maka Kin, Naza & MieAbdullah (yang kononnya abang kin) pun join outing tersebut. Wah meriah ooo korang nak tau. imagine 20++ orang join. Kami semua memanjat 16 tingkat Flat Pekeliling.

APA? Flat PEKELILING!! Yes, tepat sekali, flat Pekeliling, flat yang dah ditinggalkan, takde penghuni, banggunan tinggal, scary meri siot. Yang ada hanya orang yang kurus melidi dadah. OK itu stori lain alrite.

Dah naik kat tingakat 16 (roof top), masing-masing tak buang masa, setup setting, tipod semua di pasang, DSLR pun dengan gah nya di letakkan di atas tripod. terasa kerdil bila orang sekeliling pasang tripod Manfrotto, Benro, dan segala tripod yang teguh. Berbanding tripod kin dapat masa beli Canon EOS 450d.

Kawan kawan semua pakai G lens, L Lens, dan semua yang best-best punya lens. lain dengan kin, Masih setia dengan Kit Lens 18-55mm IS. Janji dapat gambar. Itu yang penting :p

Ini lah ahli-ahli yang join outing aritu. Itu baru 1/5 dari jumlah sebenar tau.

http://www.flickr.com/photos/miephoto/4233126603/

Ok berbalik babak sedih kin nak story kat korang, imagine dah setting 2 jam. tepat jam 12 malam, 2010.. KLCC tak keluar-keluar lagi bunga api nye. sedangkan sekeliling dah tembak menembak. Photographers semua dah cuak. WTH*, mana pegi bunga api ni? bebel kin dalam hati

Tak lama lepas kin membebel, tetiba hadirlah bunga api yang ditunggu-tunggu. Alangkah duka nya hati, bila firewrok tak tinggi, kurang separuh ketinggian KLCC je tinggi nye.

Bukti nye, tengok lah gambar kin curi dari Naza dan Mie Flickr, serta group photo oleh Ungku Adi;

http://www.flickr.com/photos/naza1715/4239271061/

http://www.flickr.com/photos/miephoto/4233128595/

http://www.flickr.com/photos/miephoto/4233131285/

Gambar-gambar di atas kin cilok dari Otai-otai, sebab masa tu kin dah tak mampu nak shoot firework, emosi dan mental down. haha. so apa kin buat lepas tu?…kin pose utk group photo jek. hahaha

Betul kata orang, photography ni sometimes tak kan jadi apa kita plan. :)

Oh ya, did i mention, 2 hari 2 malam study how to shoot firework? yesza… Walaubagaimanapun, kin dapat jumpa kenalan baru, especially dapat jumpa geng Alphanatics, Photographer Sony Alpha. Nice meeting u guys :)