Tersebutlah kisah… pada zaman sebelum millenium lagi, sekitar 1999, ada seorang remaja bernama kin (bukan nama sebenar), kin ni berada di Arau, Perlis, sebuah negeri yang kecil di Utara Malaysia. Negeri nya makmur, aman damai cuma sedikit panas berbanding negeri-negeri seperti Kuala Lumpur etc etc.
Kin adalah seorang remaja yang suka berangan, siang malam pagi petang beliau akan berangan, angan-angan nya tinggi menggunung, sepantas kilat, menggapai bintang-bintang di awan. Akan tetapi dek kerana beliau ni masih bergelar pelajar di sekolah menengah kebangsaan di negeri Arau, beliau terpaksa kurangkan sedikit berangan nye, memandangkan tahun hadapan kin ni akan menduduki peperiksaan menengah rendah.
Subjek yang paling diminati kin ialah tak lain tak bukan, Mata-matik (omputehnye mathematic!) , Bahasa Inggeris (English), Geography, Sains, yang lain-lain tu ada kala kin suka, ada kala tak suka.
Maka tersebut lah kisah, suatu hari, kin(bukan nama sebenar) ni, sedang asyik buat latihan Mata-matik, waktu itu sekitar jam 3 petang, Sambil study, dengan posisi tergolek dok, melintang patah gitu, tetiba ter-ber-khayal, khayal nya jauuuuuhh beribu batu, merentas awan biru, laut hindi, pasifik, benua-benua, rupanya khayalan nya berada dalam kapal terbang tanah melayu airlines.
Tercangak-cangak kin melihat ke tingkap kapal terbang, excited melihat keadaan bumi, terutama negara-negara yang tak pernah dijejaki oleh kin. Tetiba terdengar suara “Ladies and Gentlemen, Please fasten your seatbelt, bla bla bla (sleng omputeh ala British yang tak kin fahami)”.
Tak lama lepas tu, pintu kapal terbang pun terbuka, satu cahaya yang terang menerjah masuk ke dalam kapal terbang, menyuluh muka kin, menyebabkan kin terpejam sebentar, ‘Oi! jalan la, fast fast..’ tepik orang di belakang, terpaksalah kin jalan menuju ke pintu tersebut. Tak lama lepas tu, kin dapat sesuaikan diri dengan keadaan disebalik pintu itu, terkejut tak terhingga kin, bila terlihat oleh beliau, tempat yang tak pernah dijejaki nya sebelum ini, orang sekeliling beliau tidak lagi ketinggian normal Malaysia, hidung, mata, rambut tidak seperti Malaysia, rupa-rupanya begitu asing.
Di sebabkan tempat tersebut begitu asing bagi kin, terpaksa lah kin ikut je orang-orang di hadapan beliau, ikut punya ikut, tak semena-mena, kin ada di kawasan lapang, suasana putih sesuci salji.. SALJI!! Keadaan sekeliling menjadi sejuk sekali, titisan titisan ais putih pun turun, Terlompat-lompat keriangan remaja dari Arau, Perlis ini. Kerana kali pertama melihat salji original. Terlihat beliau ada seorang lelaki yang berumur, dalam lingkungan 40-an berdekatan kin, lalu kin pun mendekati lelaki tersebut.. ‘Eskius me, i nak tanya, i kat mana sekarang ni?’ lalu dengan renungan yang pelik lelaki tersebut melihat kin ‘Adik! You… are now.. dekat.. OVERSEA…’
‘Adik!’
‘oooOOoo adik’
adiiiiiik…..
‘Bangun.. dah petang ni, kata nak pi praktis squash..’
‘PAP!!’….
Tetiba belakang kin terasa sakit, tak semena-mena tangan Mama hinggap kat punggung kin.
‘Adoi, Mama ni, sakit tau’ keluh kin.
‘Dah, tidoq sampai ayaq liuq meleleh kena buku latihan, dah adik bangun, cepat-cepat siap, dad nak bawak pi praktis squash, dah lewat’.
Dad adalah panggilan untuk ayah, family kin ni campur omputeh sket.
Kelihatan Dad sedang sibuk memunggah buah kelapa dari belakang kereta, lalu di bawa nya ke dapur.
Sedang kin ambil tisu lap-lap kan air yang tumpah dekat buku latihan, Dad datang duduk di kerusi berdekatan dengan kin.
‘Mimpi apa pulak tadi? lain benaq mimpi tadi nampak..’ seloroh Dad pada kin.
…….
…
‘Dad…’ kin memulakan dialog.
‘Awat nya?’ Jawab Dad.
‘Dad! adik nak pi oversea!…’
‘….’ Dad pulak mula membisu.
‘Bila?’ tanya Dad.
‘Nanti, tapi lagi cepat lagi bagus, ni tahun depan adik nak PMR, apa kata kalau adik dapat 8A, dad hantaq adik pi London ka US ka, Europe ka…’ laju kin menjawab.
‘Ala macam adik nak jadi macam Dad, masa Dad askar dulu, Dad selalu pi oversea…’ tambah kin lagi.
……
…
‘Dad?…..’ tak suka benar kin bila idea/kehendak beliau tak dilayan.
‘Adik.. dad pi sebab di hantar, ada tugasan, tanggungjawab, bukan suka-suka….’ jawab Dad dengan nada yang perlahan.
Tugasan? Tanggungjawab? eh apa kebenda tu? kin tak dapat memahami maksud Dad.
‘Adik, you’re not born with silver spoon in your mouth. Even none of us does.’ sambung Dad lagi, kali ini langsung tak difahami kin, tapi sedar akan seriesnye jawapan Dad.
‘But why not you go by yourself one day…with your own money, your own effort, all by your own’
….
..
.
Tetiba Dad dan kin masing-masing tidak berkata, Dad melihat kin dengan pandangan penuh bermakna, bagai ada harapan yang tak dapat difahami oleh kin, kin pulak, pandang dengan pandangan yang kelabu asap.
‘@#$@$@$*&*&%%@@’ bebel kin dalam bahasa tak difahami.
‘Ala dad ni, tak paham naluri remaja la, adik nak pi nak pi la, sudu perak la pulak…’ bebel kin lagi.
‘.. baik adik pi main squash la, mana tau kot-kot jadi Nicol David, rata dunia boleh pi…’ kata-kata sambungan dari kin, sambil jeling manja kepada Dad.
Dad hanya mampu tersenyum penuh makna melihat anak perempuannya yang kepalanya ada twist sikit.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Itu lah cerita kin pada 11 tahun yang lepas, dialog yang kin takan lupakan, ada kalanya membuat kan kin ketawa sorang diri.
11 tahun kemudian, kin masih ada, cuma lokasi tika menaip cerita ini berlainan, kini tak lagi di Arau, Perlis. Tidak lagi bermain squash, ketinggian berbeza, bentuk badan berbeza, cuma kepala kin dulu dan sekarang masih sedikit twist, masih dengan angan-angan yang setinggi-tinggi bintang di langit.
Kini Dad sudah tiada lagi, 5 tahun lepas Dad meninggalkan kin dan mama dan sekeluarga kerana serangan jantung. Namun didikan beliau masih diingatan. Salah satunya dialog ’sudu perak’ beliau.
Pagi tadi ketika menyiapkan gambar-gambar pelanggan, terdapat satu gambar di rakamkan di luar negara, lebih tepat sekali oversea. Terdiam sekejap kin melihat gambar tersebut. Terlihat salji-salji memutih di kaki-kaki mereka. Terus kin membelek, bagai ada sesuatu yang hadir dalam benak fikiran kin.
‘Dad! adik nak pi oversea!’…
Bagaikan flash back dalam drama, dialog ni bermain dalam minda kin, satu-persatu scene 11 tahun yang lepas di susun tepat seperti asal, dari mula kin bermimpi hingga senyuman bermakna Dad kepada kin.
Di hayati sedalam-dalamnya scene tersebut, setiap bait pertuturan Dad, ’sudu perak’ yang bikin kin marah, kini bagaikan bunga dalam fikiran kin.
‘Ya.. InsyaAllah, adik akan pergi ke tempat yang kin impikan 11 tahun dahulu, dengan usaha kin sendiri. Dad…’
Lalu tidak semena-mena satu perasaan seperti semangat yang membuak-buak menerjah dari dalam diri kin, orang kampung panggil ‘naik sheikh’, cepat-cepat kin mencari Mama, dan dengan perlahan-lahan, kin duduk sebelah Mama yang sedang mengait crochet.
‘Awat, ada apa anak ma sorang ni? ‘ soal Mama kin tika melihat anak nya dah naik sheikh.
‘Mama, adik nak pi oversea..’ jawab kin sambil menahan sebak yang entah dari mana tiba-tiba menyerang lubuk hati kin.
…..
..
‘Mama…’ tanya kin lagi, tika melihat Mama nya diam buat seketika.
‘Adik…’ Mama menjawab lembut.
‘I know you can..’ jawapan yang membuatkan kin terpandang dalam kedalam mata Mama
‘Because adik, you’re full with imagination, with dream, it is time to execute and realize it..’
arggg, air mata ni masa ni la nak jatuh. cepat-cepat kin ambil tisu, lap ayaq mata ni.
‘Laaaa… budak ni, itu pun nak menangis. pi la Oversea ja pun,…. ni sebelum nak pi tu, duit dah cukup?.. tau nak teriak ja…@#@#(*&*%@%$…..’ bebel Mama kin, tujuan untuk kurangkan sebak di hati kin.
‘Satu lagi, jangan lupa..’ sambung Mama.
‘Apa dia Mama? ‘ soal kin kembali.
‘kalau boleh..Mama pun nak ikot! heheheh…’ seloroh Mama.
‘insyaAllah Mama
‘ kali ini, kin pula mampu memberi senyuman bermakna kepada Mama.
Tak lama kemudian, dibelek-belek kin website tiket kapal terbang tanah melayu airlines, dan di gatalkan tangan nya mengupdate facebuk beliau tentang angan-angan beliau yang 11 tahun dahulu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dapatkah kin 11 tahun kemudian ini merealisasi mimpi nya? Dapatkah beliau menaiki penerbangan Tanah Melayu Airlines? Bilakah? Bagaimanakah?
Semua persoalan itu hanya kin yang mampu isikan dengan jawapan, hanya kin yang mampu merealisasi dan ‘execute’.
InsyaAllah…
amin.

-ashikin abdullah -
- 7 July 2010 -
Cerita ni membawa anda ke dunia kin pada 5/6 tahun lepas. Masa kin masih sekolah lagi, time tu kedua ayah dan mama kin dah pencen. Untuk isi masa lapang diorang buat perniagaan. Kalau nak tau kedua-dua mama dan ayah kin ni suka bisnes. Nak tau apa bisnes diorang buat? Bisnes yang bisa mengenyangkan perut korang tiap-tiap pagi, tak lain tak bukan bisnes nasik lemak.
Apa! Nasi lemak? Ingat lagi masa kali tahap permulaan mama dan ayah kin buka kedai jual nasi lemak pagi-pagi, kin lah orang paling malu-malu anak kucing. Segan dan malu yang agak tebal, saat tu memang pengaruh penjajah sangat mempengaruhi kin. Blue Collar Job memang memalukan. Blue collar job ni adalah pekerjaan dimana korang tak perlu masuk opis yang berekon, tak leh pakai semart-semart, contoh kerja macam buruh, petani dan lain-lain. Saat ini kin adalah orang paling malas nak amek tau pasal bisnes family. Yer la jual nasi lemak je, tepi jalan pulak tu. Bukan nya restoren besar pun. - Kalau kin sekarang leh balik ke masa dulu, kin nak cepuk-cepuk kepala kin-yang-dulu tu. ( Cepuk perkataan manja bagi penampar ). Tapi apakan daya, takde time-machine untuk bawa kin balik ke zaman dulu. Oleh itu selamat lah kin yang dulu tak yah kena cepuk.

Dalam bisnes nasi lemak tu, mama kin uruskan nasi lemak termasuk la nak buat kuah sambal (sardin + bilis + telur), ayah kin urus bahagian buat air dan beli barang-barang untuk masak. Kin pulak tukang kira duit. Bab duit nak pulak kin masuk campur.haha. Kin telah jadi penjaga duit yang sangat kedekut. Dapat duit masuk buku akaun, lepas tu duit tu simpan rapat-rapat. Ingat lagi ayah kin mintak kin kasi duit nak beli barang, kin kasi duit tak pernah cukup. Last-last ayah kin kena pakai duit sendiri juga. saving betul. Keistimewaan kin jadi pengira duit ni ialah kin makin cekap dalam Mathematics. Kalau tak takkan la SPM kin dapat A1 untuk Mathematic Moden & AddMath.
Suatu yang pelik dengan cara mama dan ayah kin berniaga ialah diorang jual nasi lemak dengan harga murah sangat. Bayang kan nasi lemak + sambal bilis + telur + timun dijual sebungkus 50sen. Sedangkan pada masa tu kedai lain semua letak harga rm1.00. Termasuk lah kedai-kedai sebelah dengan gerai kin tu. Murah betul. Selalu juga la perdebatan berlaku antara kin dan mama serta ayah kin. Last-last ayah kin kasi order “Adik dok diam. Kira duit sudah.” Kin pun mogok lepas tu. Tanak kasi duit modal beli barang kat ayah kin. Terus masuk bank. Haha. Indah betul kenangan lalu. Di sebabkan kemurahan harga nasi lemak tu, memang kedai kin laku, masa kemuncak ialah pada waktu orang nak masuk sekolah/pejabat. Memang tak menang tangan. Tapi kin yang malu dengan perniagaan tu, kin langsung tak tolong. Sebab malu nak tayang muka bungkus nasi lemak, kang kawan nampak kantoi pulak. - Sekali lagi rasa nak silat je kin yang dulu tu!
Nak tambahkan keanehan cara perniagaan mama dan ayah kin. Tiap-tiap Selasa dan Jumaat diorang akan masak nasi lemak serta sambal lebih sedikit. Dalam pukul 8.30 macam tu mama kin akan siap-siap bungkus nasi lemak dalam 6-10 bungkus macam tu. Sapa-sapa pun tak leh ambil. Ayah kin pun sama, cepat-cepat bancuh teh/milo siap-siap. Nak tau kenapa? Sebab dalam pukul 845 pagi macam tu, lori sampah akan lalu, maka saat tu, turun lah angkatan pemungut sampah datang angkut sampah kat area kedai kin. Lepas diorang selesai buat tugas diorang, ayah kin akan kasi bungkusan nasi lemak dan bungkusan air yang mama dan ayah kin siap-siapkan tadi. Sekali lagi kin yang bingong pun tak puas hati, apsal kasi free pulak. Banyak pulak tu, dah tu tiap-tiap minggu 2 kali. Macam na nak jadi jutawan macam ni. (Masa tu Power Root Mari jadi Jutawan takde lagi). Lalu kin pun bertanya kat mama kin (kalau tanya kat ayah kin silap-silap kena marah lagi)
“Mama, awat mama dok kasi kat orang angkat sampah tu selalu sangat? Rugi la kita nanti”
Dengan nada lembut mama kin jawab “Depa punya jasa kat kita semua dia besaq adik, kalau depa tadak sapa lagi yang sanggup nak amek sampah? Lagipun Allah bagi kesenangan pada kita, bukan kita guna sendiri tapi untuk dikongsi dengan insan lain juga, kita tolong depa nanti Allah tolong kita balik”…Ayat tu terus menusuk dan lekat dalam ingatan kin sampai sekarang.
* * * * * * * * * * * * * * * * * *
Lagi menguatkan perkataan tu bila baru-baru ini, ada satu insiden telah terjadi. Masa tu kin baru balik dari Saloon Isma, baru lepas rebonding rambut selepas kena racun dengan mak Isma. Masa nak balik tu langit dah gelap nak hujan. Eee kalau kena air ni habis rambut rebonding rm200++ ni. Kin pun bawak la keta laju selaju nya. Tapi sampai kat trafik lite Jejawi, lampu merah. Kin pun berenti la takkan nak langgar gak. free je kena saman lagi nanti. Bila lampu bertukar hijau. Tetiba keta kin tak leh gerak. Lepas tu terus kiok. Start enjin pun tak leh nak start gak keta kin. HALAMAKKKKKKK…. terbayang rm200++ tengah terbang melayang.huhu. rugi beb kalau kena hujan ni.
Kin pun taktau nak buat apa, on hazard lite kasi 2 2 signal blinking. Terus lepak kat devider tengah-tengah jalan tu. Kebetulan nak kasi dramatik, handset pulak tak bawak. Apa lagi mati akal sebentar. Tengah dok relaks kat devider tu hujan rintik-rintik mula turun. WAAAAAAAAAAAA…. jangan la turun lagi. Kin try nak start enjin keta tapi masih tak dapat lagi. Nak mintak tolong orang lalu lalang, sorang pun haram tanak tolong. Harap keta besar, muka hensem tapi sifat kejantanan takde langsung. Sempat aja kin menyumpah orang saat kin dalam kesusahan ni.
Tiba-tiba berenti satu moto belakang keta kin. Seperti biasa dialog dimulakan dengan “Keta rosak ke amoi?”… habis kalau tak rosak takkan suka hati saya nak berenti kat sini amek angin. Bebel kin dalam hati. Dah la panggil aku amoi, soalan pulak bikin panas je.
“Iya, rosak. tak leh start lak” lemah lembut kin jawab. padahal dalam hati….
Dia pun selamba je buka bonet depan keta kin tu, apa dia operate kin pun taktau, lepas tu dia try start enjin keta, wallaaaah… Trus hidup keta kin. Lega hati rasanya. Hujan yang tadi menitik pun dah hilang. Kin pun berterima kasih tak terhingga pasa insan tersebut.
Tetiba dia tengok keta kin semacam. “Hish apa dia nak buat ni. Nak rompak keta aku ke…jangaaaan”
“Eh adik ni anak Mejar ngan Cikgu Aminah kan? Ala yang dulu juai nasi lemak tu” Soal si pemuda tadi. Ayah kin orang kat sana panggil Mejar, walaupun sebenarnya bukan Mejar pun.
“A’ah. awat nya?“ soal kin balik,tapi memang nak blah cepat sebenarnya.
“La saya la dulu yang dok tolong amek sampah kat kedai tu, selalu depa bagi nasi dengan ayaq, sedap nasi lemak cikgu aminah masak, sayang dah tak bukak dah la ni” terang si pemuda tadi.
Kejadian hari tu memang ingatkan kin pada pesan mama kin. Ironik nya, ramai-ramai orang lalu lalang kat situ sorang pun takmo tolong, majoriti tolong tengok dan ada yang buat-buat tak nampak. Susah kalau ada mata tapi keperhatinan takde. Tapi dalam situasi genting tu, dikirimkan Allah pengangkut sampah tu kebetulan lalu kat situ. Kalau la pemuda tu tak lalu kat situ, ntah apa jadi kat kin. Cuaca nak hujan, time tu dah nak dekat magrib. Memang tambah dramatik la drama kalau pemuda tu takde. Syukur serta terima kasih kepada pemuda tersebut. Terima kasih kepada pengangkut sampah kerana membantu saya.
** nak kurangkan buat sampah, banyakkan kitar semula moga ringan kerja pengangkut-pengangkut sampah

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
Sebuah entri yang dicipta khas untuk para-para ibu di dunia ni. Lagu di atas yang di nyanyikan oleh Allahyarham P.Ramlee kin dedicate untuk semua ibu seantero donia ni.
* * * * * *?* * * * * *?* * * * * *?* * * * * *?* * * * * *?* * * * * *?* * * * * *?* * * * * *?* * * * * *?* * * * * *
Kepada bonda kin, Hajah Aminah Haji Hussin iaitu ibu yang sangat sporting, understanding dengan kerenah anak dia yang mata sepet sorang ni, ribuan terima kasih untuk mama kerana telah membesarkan kin sampai le montel. ~Tak penah nye kin kurus seumur idup kin.haha
Jasa mama tetap adik kenang. InsyaAllah, moga kin tak penah lupa jasa mama terhadap adik. Moga adik tak pernah lalai mengerjakan tanggungjawab sebagai seorang anak. Moga adik tak pernah ketepikan mama tika hati ini dimiliki insan lain ~jeng jeng jeng..
Tak perlu rasanya kin nak bebel pasal pengorbanan bonda kin kat sini. Pasti korang nye mata takkan mampu bertahan untuk baca sampai habis entri ni. Oleh itu, kin skip bahagian pengorbanan dan jasa-jasa mama kin yang membesarkan kin yang sedia besar ni. Biar segala kenangan dan rintangan disimpan dalam ingatan kin dan keluarga sahaja.
Cuma kin nak luahkan rasa saaaaaaaaaaayang kin kat mama kin. ADIK SAAAAAAAYANG MAMA. ok dah. habis dah. ~malu nak tunjuk kemanjaan kin yang melampau dengan mama kin ni.?

Gambar Hari Raya 2008. Emran dan Maktok (Mama).. dan BuBuq? ~ sibok aja si bubuq ni.
Kepada Kakak ku juga, Rafiza, juga seorang ibu kepada 4 jejaka tampan ~ SELAMAT HARI IBU untuk kakak ku si mama budak~~ muah muah muah kakak ku yang suwit! ;p

Yang depan sekali : Ehsan Abidin.
Tengah : Cikgu Yusop, Imran, Kak ku Rafeza
Belakang tu: Hero-hero tersangat hensem Eman dan Along Fakrur. posing tak hingat. habis punk le tu
Terima kasih to my kakak kerana telah melahirkan anak-anak yang tampan dan berbakat dalam bidang masing-masing. Hidup ini bertambah ceria dengan kehadiran anak-anak kakak.
If the sun shuts down and decided not to shine no more
I would still have you,
If we see the last day and they say we gotta go to war
I ll be fighting with you, baby
Cuz I know if Im falling, you wont let me hit the ground
If the boat is sinking, I know you wont let me drown
No matter what anyone could say
This is the only place for me
And no one could ever take that away
Nothing could come between us
If the sun shuts down and decided not to shine
I would still have you,?
If we see the last day and they say we gotta go to war
I ll be fighting with you,
Because it s us against the world
The world, the world
You know it s us against the world
The world, the world