Tagged: night

Photomanipulation yang kin buat semalam, sempena masalah kin tak boleh tidur, ayat sedapnya ‘insomnia’.. :)

Lately kin susah sangat nak tido, nak pejamkan mata. Sebelum ni pukul 12 tu kin dah nyenyak tido. Tapi sekarang pukul 1.. 2.. 3.. 4 tak tido - tido lagi. Mungkin sebab sebelum ni kin dok berjaga untuk siapkan tugasan. Last-last; masa tugasan dah habis, mata tetap tak boleh pejam. Ah sudah…. macam mana ni. Adakah kin terkena INSOMNIA?

Terlebih dahulu, kin nak sharing dengan kawan-kawan semua, apa kin buat/aktiviti kin tat kala kin tak boleh tidur.

1. Buka laptop ku, (ok kin takmo nak cakap laptop kin veteren dah ok. rasanya tiap2 post pasal laptop kin, sure kin akan kutuk laptop kin.. well laptop ni la membantu kin dalam menyelesiakan tugas-tugasan)

2. Double klik kat WINAMP shortcut icon kat desktop. Ini lah favorite software kin untuk music player. ITunes, Real Player etc etc, bukan pilihan kin, taktau kenapa. mungkin sebab simbol kilat tu menjadi daya penarik. :)

3. Connection itu penting; OK! ini part kin tak gemar nak stori kat kawan-kawan semua. Untuk kin mengaktifkan diri meng-surfing, facebooking, flickring, blogging, etc.. kin menggunakan kotak hitam. Kotak Hitam yang dihasilkan oleh satu kompeni ni (tips : iklan potong, potong, poootong..) untuk dapatkan connection, terpaksa la kin letak kotak hitam kat balkoni kin. so kin dan laptop kin akan berada dekat dengan balkoni juga. (jangan tanya kenapa kin tak beli router, lan cable yang panjang..). Imagine kul 1 2 3 pagi kin duduk kat balkoni yang terbuka. wah SEEEZUKKS tau uols.

4. Photo and Photo and Photo; mungkin dah memang masuk ketubuh kin, sehari tanpa melihat photo kin tak boleh duduk diam. mesti check every folder sampai ke lobang cacing kin cari photo yang sesuai. Untuk di proses

5. Photoshop CS3; haha selepas buka photo, possibility untuk kin on software ajaib adalah incredibly tinggi. Bila dah benda ajaib ni ada depan mata, mau 2 3 4 jam melekat kat depan laptop. kadang-kadang rasa nak terkuncil disebabkan kesejukan malam pun boleh di’pause’kan. semata-mata nak implement idea yang muncul dalam benak kepala kin :-p   So ini lah titik tolak kin tidur lewat. Selagi tak puas apa kin buat, selagi tu takkan tidur. Tapi kalau puas hati, otomatik tidur. Pernah berkali-kali kin tertidur depan laptop.

p/s : kalau mama kin ada; sure pukul 1, dia bangun, marah-marah kin suruh tido, lepas tu kalau kin tak tidur lagi, pukul 2 pagi dia bangun lagi marah-marah lagi suruh tidur, pukul 3 pagi, pukul 4 pagi..last-last dia pun tak tido. Time tu mama kin pun akan berjaga, tapi tak buat la aktiviti kurang sihat macam kin, mam a kin time tu buat solat sunat, hajat etc etc. lepas tu buat masak air.. buat air teh susu kegemaran anak manja dia ni sorang. tup-tup, air dah siap; kin dah berdengkur tido :D

Oleh itu mari kita study pasal INSOMNIA atau masalah tak boleh tidur kin ni

Apa itu INSOMNIA?

Most adults have experienced insomnia or sleeplessness at one time or another in their lives. An estimated 30%-50% of the general population are affected by insomnia, and 10% have chronic insomnia.

Insomnia is a symptom, not a stand-alone diagnosis or a disease. By definition, insomnia is “difficulty initiating or maintaining sleep, or both” and it may be due to inadequate quality or quantity of sleep. Insomnia is not defined by a specific number of hours of sleep that one gets, since individuals vary widely in their sleep needs and practices. Although most of us know what insomnia is and how we feel and perform after one or more sleepless nights, few seek medical advice. Many people remain unaware of the behavioral and medical options available to treat insomnia…. [read more] “

- ok sejujurnya kin bukan orang yang gemar nak baca artikel yang berleret-leret dan dipenuhi perkataan kin tak paham (~jangan tiru perangai kin ni). Oleh itu dikonklusikan insomnia ni penyakit susah tidur..ok..hihi.. Dah tahu maksud insomnia, sekarang kita masuk bab Penyebab terjadinya INSOMNIA

Psychological related insomnia

The most common psychological problems that may lead to insomnia include:

Cara nak kawal/ubat penyakit INSOMNIA pulak, terdapat 2 jenis. Satu menggunakan medication (ubat ubatan) satu lagi treatnya secara natural
Treatment with Medication
  • Alcohol. Commonly self-prescribed as a sleep aid, alcohol is of limited benefit. A very small amount of alcohol can be relaxing and produce sleepiness early in the evening, but later in the evening there may be a “rebound effect” of difficulty sleeping. In addition, chronic alcohol use can produce tolerance and dependence and cause many other medical problems.
  • Antidepressants - These agents are often prescribed as sleep aids in those with co-existing psychiatric problems. The most commonly used sedating antidepressant is trazodone.
  • Herbal medications such as valerian, chamomile, and kava-kava, are often used to help sleep, but long-term effectiveness and safety data are not available.

Treatment without Medication

The non-medication treatment methods used to help insomnia are often focused at helping the patient “relearn” how to sleep. Some of these techniques are common-sense habits that go a long way in helping people feel sleepy at night. These include:

  • Develop a regular sleeping schedule. Avoid daytime naps and stimulating activities just before bedtime.
  • Avoid stimulating drugs, such as caffeine and nicotine, particularly before going to bed.
  • Exercise during the day (but not in the late evening).
  • Avoid alcohol- it is a leading cause of poor sleep.
  • Minimize light and noise when trying to sleep..
  • Maintain a comfortable bedroom temperature.
  • Avoid heavy meals before bedtime. If hungry, eat a light carbohydrate snack.
  • Take medications that may be stimulating, or those that may cause you to wake up to urinate long before bedtime.
  • Increase exposure to sunlight in the morning, and avoid it later in the afternoon (5-6 PM). [read more]“
Ok selesai sudah kelas INSOMNIA kita pada kali ini, senang kan kin mengajar korang. Nanti datang lagi kelas Cikgu Kin ajar :-P  Ok kawan-kawan takat ni je kin share stori n tips dengan korang. moga berjumpa lagi di lain hari.Moga panjang umur. :-)

Currently listening to Goo Goo Dolls song : Iris.

From another view point

SALAM AidilAdha kepada semua kawan-kawan. Enjoy your aidiladha holiday. Untuk pengetahuan kawan-kawan, tahun ni kin tak balik kampung untuk raya korban. Wah! Biaq betol kin tak balik kampong??…. Percayalah. kin memang tak balik!

Sedih jugak la tak dapat beraya dengan kawan-kawan kat kampong. Nasib baik mama kin ada kat KL sekarang. So takde la sedey sangat. Kalau tak dah mengalir air mata duyong time tengah tekan shutter tatkala dengar takbir raya. soob3.. Alolo manja nye. hihi

Sebagai bukti, kin upload kan satu gambo ‘teaser’ yang bertarikh 26November2009, membuktikan kin masih pegang kamera, shoot gambo dan masih di KL, sedangkan ada antara korang yang tengah tido atas bas, ketapi dan apa-apa jua pengangkutan yang akan angkut korang balik kampong. Apa pun Selamat menyambut hari raya korban dan selamat pulang dan kembali.

Rasa macam habit lak kasi teaser terlebih dahulu sebelum upload photos yang sebenar. Okey tunggu hasil Cityscape Outing kin di malam raya aidiladha.

TUNGGUUU….

Ni kin nak share stori dengan korang satu kejadian. Story yang berlaku pada Jumaat lepas dimana kin telah menjoinkan diri dengan aktiviti berfaedah yang sangat kin gemari, tak lain tak bukan outing photography. Korang yang tak berminat dengan photography ni mesti berdarah mata asyik baca entri pasal photography je kan. Sabar-sabar, arini kin buka topik photography dulu, next time kin buka topik khas untuk korang yang tak gemar photography.

Nak di jadikan cerita, hari Jumaat lepas, seorang pemuda yang sangat sifu dalam menembak gambar di sebelah malam (night shoot) telah meng-sms kin ajak dating outing kat Putrajaya. Wah mesti la excited nak pegi. Dah lama tak outing especially kat Putrajaya. Korang jangan taktau, Putrajaya kalau di sebelah malam sangat meriah berbanding di waktu siang. Time malam tu Putrajaya dimandikan cahaya warna warni lampu-lampu, sangat mengujakan. Maka kin pun pastila teruja juga. Tapi macam mana nak join, dslr tarak. Harapkan kompek kamera kin tu, kalau night shot memang akan hancur gambar-gambar. noise yang terhasil sangat rosakkan gambar. Tapi si encik Zlanj ni sangat pemurah hati kasi kin pinjam Sony Aplha beliau. haha.. Tak lama lagi kin leh jadi photographer serba boleh. Semua brand dslr kin tau guna. haha

Ingat lagi gambar ini? ini gambar PUtrajaya kin shot pakai kompek kem kin

Operasi dijalankan pada jam 9.00. Lokasi pertama kitorang jejakkan kaki serta kaki tiga tripod ialah di Tasik di Taman Seri Empangan. Terletak seberang PICC. Motif asal si organizer ialah nak buat panoramic photo. Sekarang dia tengah demam gambar pano.. so semua gambar nak pano. Tapi banyak betol cabaran nak berpano ni. Nak tau cabaran-cabarannya, korang tanya si zlanj. Kin dah penah merasa cabaran berpano gambar malam, oleh itu kin elakkan dari shoot pano pada hari tu, kin buat gambar biasa je. Landscape and potrait sudah. Biarkan sifu zlanj dengan pano nya. ;p

Teknik terbaru kin belajar dari si zlanj ni ialah teknik storbe dalam landscape shoot. Ha apa tu? Dalam berlandscape ni kita perlu ada element-element yang menaikan composition dalam sesuatu gambar, iaitu background, foreground dan tak ingat. Malam tu apa yang kin buat ialah. jeng jeng jennng tengok gambar di bawah

Ok dah ada gambar baru la reti nak bercerita. Ok kin biarkan korang teruja dulu tengok gambar ni. Penerangan di teruskan selepas pharagraph ni. ;-p

Batu-batu dalam photo di atas adalah foreground, bangunan dalam pembinaan serta reflection bangunan kat air itu adalah subject utama kin. Kalau kin biarkan subject tanpa foreground, rasa sunyi pulak, dan dah banyak gambar-gambar landscape kin fokus kat subjek je. Malam tu kin nak kelainan, kin nak ada subjek dan foreground. First attempt kin agak tak best, sebab foreground samar-samar je kelihatan. Tapi nasib baik la si cikgu zlanj ni ada idea bernas, beliau telah keluarkan flash a.ka speedlight dalam bahasa Canon. Lalu dia fire la flash tu kat foreground. Nak dapat hasil yang bervariasi, satu gambar ada sekali flash. ada juga gambar yang ada 2 flash. paling maximum ialah 4 kali fire flash. Tapi tak berapa best, sebab dah terlebih cerah. Subjek utama ditenggelamkan oleh foreground. Oleh itu kin pilih gambar di atas, di mana cuma 2 kali je flash di-fire kan. Apsal macam skema dan sangat teknikel je ayat aku nie. ;p

Bila dah bergambar malam, wajib lah pakai tripod, sebab nak bermain dengan long exposure. Set kan ke 30 saat, nak lebih best main kan dengan setting White balance, seperti gambar kat atas. Si zlanj baru ajar setting aperature, shutter speed blabla.. Kin terus mintak dia tukar white balance. Lepas tu nampak sangat dia bengkek je dengan kin. “apa punya anak murid.. advance sangat la tu konon” -  ayat kin reka sendiri.

Dalam bermain dengan night shot ni, paling penting kesabaran, perlu sabar menunggu gambar ditangkap habis di proses, sabar bermain dengan setting kamera, sabar sabaaaar…. tetiba dalam tengah sabar tu perut kin berbunyi.haha lapar sey. oh ya dah kul 11 kot. Jom la gi makan!

Sesi Tawaf Kampong Limau Manis Bermula

Lepas shoot kat empangan tu, kitorang pun mencari la kedai makan. Saat itu bermulanya ekspedisi dan explorasi kami di Putrajaya. Dari PiCC kitorang pusing-pusing putrajaya sampai la sesat ke KAMPONG LIMAU MANIS. Kalau sekali takpe. Ini sampai 3 kali! TIGA KALI ya pembaca sekalian.

Kali pertama takpe itu paling lawak. Sebelum entrance nak masuk ini kampong, kitorang tersesat gak. terus jumpa jalan mati. Bukan sebarang jalan mati tau. Sedap-sedap tengah drive jalan highway tetiba depan korang ada bukit. Apa korang rasa, tak ke tekejut beruk. Oleh itu kitorang pun reverse la balik. Nak u-turn, masuk la kat kampong ni. Kampong Limau apa ntah. first time tak dapat baca seluruh signboard tu. Dah keluar dari kawasan kampong tu, macam mana ntah, terpusing masuk balik Kampong LImau ni. Kali ni baru dapat baca seluruh signboard tu. Kampong Limau Manis. Lalu si zlanj ni berkata “kalau kali ke-tiga kita masuk balik kampong limau manis ni, kita chaw balik kl”..

Beberapa saat lepas tu lampu meter minyak si zlanj ni berkelip-kelip menanda kan dah nazak nak kena isi petrol. Halamak. Nak kena cari petrol station la ni!.. keadaan masa tu sangat cemas. Nasib baik kin teringat ada brader hensem dok kat Putrajaya ni, bernama Yona. Nama betul Yon Bakar. Lalu si yon ni pun kasi le direction dari PICC ke Presint 16, petronas ada dekat situ sebelah Alamanda. Tapi direction si Yon ni kasi macam le kin tengah tengok google map. Masuk sana, belok sini, berenti sana, u-turn sini.

Kitorang pun kembali la ke PICC, ikut direction si Yon kasi, bertapa jauh nya perjalanan mungkin disebabkan keadaan petrol keta yang dah kritikal. Masa dirasakan sangat la lambat berlalu. Kitorang jumpa la signboard menunjukan ke Presint-16. Ada la dalam 3 4 signboard kitorang follow. Last-last.. jumpa signboard KAMPONG LIMAU MANIS!.. HUWAAAAAAAAAAAAAAAAA….

Amek zlanj, mulut masin sangat tadi. Kan dah tertawaf kampong ni kali ke-3. Nak tanak, kitorang takleh balik KL sebab petrol dah nak habis, terpaksa la cari balik presint-16, rupanya dekat je Presint-16 tu dengan tempat kejadian. hekeleh!

Ini kin kasi map menghala ke kampong tu. Kin femes kan KLM (kampong limau manis).

At last baru la jumpa stesen minyak Petronas. Terima kasih Petronas. Lain kali korang semua pastikan minyak korang full-tank, jangan biarkan 2 bar je macam encik Zlanj kita ni. zlanj zlan… Oh ya lupa pulak nak mention, beliau ni rabun.selalu outing pakai spek. Tetiba malam tu tak pakai spek pulak, contact lens pun tak pakai. no wonder la sesat.haha :))

Lepas tu dua photographer join outing iaitu Yon Bakar dan Naza. Tapi sebelum tu makan dulu. Perut dah berlagu keroncong dah. Lepas tu kitorang gerak ke Empangan yang sama juga tapi di Jambatan.

Ini gambar yang kin dapat.

Gambar di bawah kin cilok dari encik Naza : http://www.flickr.com/photos/naza1715/

Nak pose gambar long exposure ni korang kena ada bakat untuk statik tahan pose selama 20 - 30 saat. takde bakat tu takleh model utk night shot. Kin amek jalan senang, letak tangan dan bersandar pada tembok tu. Kan senang, nak tahan 20 minit pun boleh. ;p

Ini la encik Naza. aka Samosa. Salah sorang rakyat Nikon. Beliau menggunakan wide lens apa ntah tak ingat. yang pasti bukan 10-22mm, Ops! awek mana kat belakang tu. haha. ikin pun ada. Gambar ni yang bikin saudara Naza ni panas, dia nak potret shot dia sorang, tapi ada tambahan lak kat belakang tu.Lain kali crop la bro.

Taaraaaaa ini brader bernama Encik RazlanJ. Nama manja Lan. Pose baik punya untuk mengelak dari mata terkena panahan flash. Lain kali pakai spek ye cik Lan. no more KLM.haha