SELAMAT TAHUN BARU kawan kawan semua. dengan nada excited kin wish happy new year untuk korang semua. Well macam ni le kin, tiap-tiap tahun,tiap bulan(kecuali datang bulan), tiap hari, tiap saat excited dan ceria sentiasa.
Pejam celik pejam celik, tahun dah berubah. kejap sangat 2009 berlalu. 2010 dah mari. Kin amek masa 5 hari untuk publishkan entri sempena tahun baru ni. Ntah kenapa, idea tak kunjung tiba. Sedap-sedap goreng ayat dalam blog ni, tetiba mati kutu. blur sebentar, pastu idea tak mari-mari. Mau 2 3 kali kin delete, retype, delete balik semata-mata nak ayat sesedap mata membaca. Tapi what the heck kan. Goreng je la kin. Ini blog kamu.
Kin kasi korang gambar untuk new year eve kin shoot. korang kena dongak dan telengkan kepala korang. Ini gambar KLCC for different angle, perspective and view. Ashikin punya view

http://www.flickr.com/photos/ashikinabdullah/4244409777/

Kin, mana gambar FIREWORK?
A’a kan, dah kata New Years Eve. mesti wajib la ada firework. especially setelah ada dlsr ni. Erm.. sedih sungguh nak story kat kawan kawan semua. DSLR dah ada, tripod dah ada, view cantik. skali… huhu sedih hindustan nye love story ni tau.
Tanggal 31 December 2009, jam 10 malam kin telah joinkan diri terlibat dengan group Alphanatics‘ outing. Tema outing, new year celebration. Of course niat di hati nak shoot firework. Setelah di poison oleh ZlanJ, maka Kin, Naza & MieAbdullah (yang kononnya abang kin) pun join outing tersebut. Wah meriah ooo korang nak tau. imagine 20++ orang join. Kami semua memanjat 16 tingkat Flat Pekeliling.

APA? Flat PEKELILING!! Yes, tepat sekali, flat Pekeliling, flat yang dah ditinggalkan, takde penghuni, banggunan tinggal, scary meri siot. Yang ada hanya orang yang kurus melidi dadah. OK itu stori lain alrite.
Dah naik kat tingakat 16 (roof top), masing-masing tak buang masa, setup setting, tipod semua di pasang, DSLR pun dengan gah nya di letakkan di atas tripod. terasa kerdil bila orang sekeliling pasang tripod Manfrotto, Benro, dan segala tripod yang teguh. Berbanding tripod kin dapat masa beli Canon EOS 450d.
Kawan kawan semua pakai G lens, L Lens, dan semua yang best-best punya lens. lain dengan kin, Masih setia dengan Kit Lens 18-55mm IS. Janji dapat gambar. Itu yang penting :p
Ini lah ahli-ahli yang join outing aritu. Itu baru 1/5 dari jumlah sebenar tau.
http://www.flickr.com/photos/miephoto/4233126603/

Ok berbalik babak sedih kin nak story kat korang, imagine dah setting 2 jam. tepat jam 12 malam, 2010.. KLCC tak keluar-keluar lagi bunga api nye. sedangkan sekeliling dah tembak menembak. Photographers semua dah cuak. WTH*, mana pegi bunga api ni? bebel kin dalam hati
Tak lama lepas kin membebel, tetiba hadirlah bunga api yang ditunggu-tunggu. Alangkah duka nya hati, bila firewrok tak tinggi, kurang separuh ketinggian KLCC je tinggi nye.
Bukti nye, tengok lah gambar kin curi dari Naza dan Mie Flickr, serta group photo oleh Ungku Adi;
http://www.flickr.com/photos/naza1715/4239271061/

http://www.flickr.com/photos/miephoto/4233128595/

http://www.flickr.com/photos/miephoto/4233131285/

Gambar-gambar di atas kin cilok dari Otai-otai, sebab masa tu kin dah tak mampu nak shoot firework, emosi dan mental down. haha. so apa kin buat lepas tu?…kin pose utk group photo jek. hahaha
Betul kata orang, photography ni sometimes tak kan jadi apa kita plan.
Oh ya, did i mention, 2 hari 2 malam study how to shoot firework? yesza… Walaubagaimanapun, kin dapat jumpa kenalan baru, especially dapat jumpa geng Alphanatics, Photographer Sony Alpha. Nice meeting u guys

- January 5th, 2010
- Posted in Activities, Photography, Uncategorized
- Tagged alphanatics, firework, klcc, kuala lumpur, mie abdullah, naza, OUTING, redimage, sony alpha, tahun baru, zlanj
- 4 Comments






Photographer & Editing : Ashikin Abdullah
Location : Putrajaya, Malaysia
D70 by : Yon
Other Photographers : Arabischenab, Ieda Yaacob, Yon
© All rights reserved!Ashikin Abdullah
- September 28th, 2009
- Posted in Photography, Photomanipulation
- Tagged arabischenab, ashikin abdullah, cantik, cun, fareza, ieda yaacob, OUTING, Photography, Photomanipulation, putraya, yon
- 6 Comments
Melangkah ke dunia yang jauh berbeza
Melambai merah mentari yang kian pudar

Ke manakah haluan yang kurenangi
Ku dihanyut gelombang jangan tenggelam
http://www.flickr.com/photos/aramzani/3567112566/
* * * * * * * * * * * * * * *
Puteri
Tiada ku lupa tanah asalku jua
Asam garam menjadi teman setia



photo : Yadziz, photoshop : Ashikin

http://www.flickr.com/photos/affacino/
* * * * * * * * * * * * * * *
Ku ingin terbang tinggi bagaikan bidadari
Mendakap impian yang hanya mimpi


http://www.flickr.com/photos/yadziz/
* * * * * * * * * * * * * * *
Impian puteri indah seribu mimpi
Ku menanti mu di mahligai realiti
http://www.flickr.com/photos/hafizhazizi/
* * * * * * * * * * * * * * *
Puteri indah selaut kasih
Ku menanti mu di realiti

http://adamphoto.kameraman.biz/
* * * * * * * * * * * * * * *
Ku ingin terbang tinggi bagaikan bidadari
Mendakap impian yang hanya mimpi
http://www.flickr.com/photos/massskfoto/3565198085/
* * * * * * * * * * * * * * *
Saat puteri Bunian tengah marah/bosan/blur. Tahniah kepada mereka yang berjaya mengambil shoot ini

http://www.flickr.com/photos/aramzani/3567112566/

http://www.flickr.com/photos/ptuikh/
Behind The Scene
Pada Sabtu 23 May 2009 yang lepas, group Flickr Perlis telah mengadakan Photography Outing. Bertempat di Equin Park Sungai Batu Pahat Perlis. Sesi photoshoot bermula tepat jam 4 petang.
Sesi pengambaran bertemakan Puteri Bunian Main Ayaq
* * * * * * * * * * * * * * *
Bermula dari TT yang diadakan pada malam Jumaat di restoran Sebelah Bomba Kangar, yang mendapat sambutan seramai 15 orang. Sememangnya meriah. Namun pemilik blog ini sangat bengkek hatinya sebab disekat dari join TT tersebut. Sengaja betoi diorang ni buat TT malam jumaat. Buat la malam Sabtu ke, dapat la kin join –hangginn
Rupanya-rupanya, nak pekena kin. Kin dipaksa menjadi model. Hampas kelapa toi. Sapa punya cadangan ni. Tapi takpa. Boleh main ayaq. Prop telah ditaja oleh model itu sendiri. Baju sekolah bewarna putih. Perh Nasib baik muat lagi. hehe.
Plan awal ialah untuk membuat scene Rarindra style. Tepat jam 3 petang semua hadir melaporkan diri. Sesi fogging/merasap kawasan dijalankan. Fogging dimulakan oleh Abang Bomba kita sendiri, iaitu Shown Ryue. Tapi apakan daya, asap tak kuat sangat. Kalau bakar daun banyak2 kang ada orang report pembakaran terbuka pulak. kesian abg bomba tu. haha
Oleh itu plan terpaksa ditukar. Model dipaksa masuk dalam ayaq. Ayaq pun ayaq la, janji tak jatuh dalam air tu terus. Kena posing dengan penuh berhati-hati.
Ini si Yadziz konduktor untuk sesi CLS. Apa yang beliau pegang tu? itu adalah Snoot/Snopp? hehe
http://www.flickr.com/photos/ptuikh/3561612049/in/pool-perlis
Pelukis-pelukis cahaya yang hadir. Saksikan posing sorang demi sorang. AFUNDI cepat. Pemenang dapat jadi model sesi Jejaka Berkubang dalam Sawah Padi pula. ;p

Atas : Hasnizam, Pistol07, Yadziz dan…, Affa
Bawah : Ptuikh, Shown Ryue, Man, Abg Li
Link ke blog/flickr masing-masing
1. Ashikin Abdullah -www.flickr.com/photos/ashikinabdullah/?|?www.ashikinabdullah.com
2. Affa -www.flickr.com/photos/affacino
3. Mando a.k.a azry -www.flickr.com/photos/azry2/
4. Aramzani -www.flickr.com/photos/aramzani/
5. Yadziz -www.flickr.com/photos/yadziz/
6. Hasnizam -www.flickr.com/photos/jejaka/
7. pistolseven -www.flickr.com/photos/massskfoto/
8. apik@warna kehidupan -www.flickr.com/photos/hafizhazizi/
9. Man -www.kameraman.biz
10. Ptuikh -www.flickr.com/photos/ptuikh/
11. Shown Ryue -www.flickr.com/photos/naturest/
12. Akuyot -www.flickr.com/photos/akuyot/
**Conclusion nya, model suka hasil kerja photographers semua. sebab muka kin yang comot nampak lebih cun dari biasa. AHAHAHAH…
- May 28th, 2009
- Posted in Activities, Photography
- Tagged ashikin abdullah, equin park perlis, flickr, OUTING, Perlis, perlis @flickr, photo, photographer, Photography, puteri bunian, sungai batu pahat
- 10 Comments
Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu
Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu…
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Behind the Scene : Meet Uncles & MakCiks Shooterz
Outing Group Jalan2 Cari Foto
Date: 26.04.09
Location: Taman Metropolitan Kepong
Outing yang telah di organize oleh Uncle FaizZaki, telah di ada kan di Taman Metropolitan Kepong a.k.a Taman Layang-Layang. Model juga telah di bawa khas oleh beliau datang dari Petaling Jaya, grad United Kingdom mari. Photograherz yang hadir semua hebat-hebat serta hensem dan cun berlaka termasuk la saudari pengarang ni juga.
Outing yang bertemakan Gadis Melayu Berbaju Kebaya bermula tepat jam 8.00 pagi dimana matahari telah terik naik memancarkan cahaya nya. Memang terik tak terkata. Tapi kesabaran kerjasama yang diberikan oleh semua sangat memberangsang kan?adrenaline. Uncle-uncle yang hadir bukan calang-calang orang, semua nya pakar CLS. Paling sifu ialah Master Zoux yang sentiasa memberikan ilmu CLS. Uncle Achid yang pemurah menurunkan ilmu teknikel untuk setting dslr. Uncle Calz/Razak pulak pengajar cara posing kepada model. Uncle ZlanJ German mari sifu Sony Alpha tapi sayangnya takde anak murid pakai sony aritu.hehe. Tak lupa Uncle Maha sifu segala sifu, pandai handel speedlite hingga menjadi stand kepada speedlite tersebut, juga terima kasih kepada baju putih beliau kerana telah dijadikan reflector. Aunty Ida my long lost fren sifu kepada Natural Lite.
dari kiri: Maha, zlanj, FaizZaki, Ashikin, Ida, Farah, Razak, Sheikh laporpo, achit, Cikgu Zeox

Meet uncles & aunties at:
Uncle Maha : http://www.flickr.com/photos/maha8182/
Uncle Zlanj : http://www.flickr.com/photos/zlanj/
Uncle FaizZaki :http://www.flickr.com/photos/faizzaki/ & www.faizzaki.com
Cik Ashikin (Aku la nie) : http://www.flickr.com/photos/ashikinabdullah/
Aunty Ida : http://www.flickr.com/photos/iedayaacob/
Aunty Farah (the model)
Uncle Razak : http://www.flickr.com/photos/28882815@N08/
Uncle Sheikh laporpo :http://www.flickr.com/photos/laporpo/
Uncle Achit : http://www.flickr.com/photos/achid/
The Master Cikgu Zeox :http://www.flickr.com/photos/zzoux/
25 April (Sabtu) lepas, kin telah merajinkan diri untuk join angkatan photographer tegar untuk menakluki Bukit Broga. Kin telah bangun seawal 4 pagi dan kul 5 Azli pundatang bersama sebuah lagi kereta untuk eskot kami ke Bukit Broga. Sebenarnya keta sebuah lagi tu milik Adik Beradik Cokin, iaitu Shazral dan Arab.
Meeting point kami ialah di Masjid Pekan Semenyeh, yang hadir untuk ekspidisi tu ialah:
- Azli
- Emran
- SirMart
- Rizal
- Shazral
- Arab
- FaizZaki
- Fariz
- Aqira (jumpa kat atas puncak.dengan tak segannya beliau park moto kat bawah pokok kelapa sawit)
- Ashikin ~me :p
Pendakian di mulakan seawal 6.30 pagi (tak pasti le plak). Punyalah seksa nak daki Bukit Broga ni, keadaan pendakian yang penuh seksaan mengingatkan kin pada marathon di UiTM dalam 3 tahun lepas, setelah lari dekat 5km, kena panjat Bukit Tonggek lak. Korang nak tau kenapa di panggil nama sebegitu? Korang gi le cuba sendiri. Korang akan dapati korang tertonggek2 naik.haha ~ Macam tu juga la masa mendaki Broga ni, dengan beg berisi dslr, lens 2 biji dan tripod gantung kat bahu, ditambah dengan cabaran lorong pendakian yang lincin dan sempit serta curam.
Peeerrh tiba-tiba dalam ati kin berkata “Apa aku buat kat sini ni. Kalau tak aku dah asyik tidur di ulit mimpi lagi” eee jahat tol hasutan. Gila thrill betul pendakian. sampai 3 kali kin berehat sebab dah sampai tahap nak muntah ~kekurangan oksigen menurut cakap cikgu merangkap Ajk Pengakap masa sekolah dulu.
40 minit kemudian, setiba nya kami di puncak ~kecuali Azli yang tetinggal di belakang. Masa berada di puncak dengan view yang menakjubkan, segala penat dan lelah serta pancit terus terlupa. Pakat-pakat buka beg, setting camera semua. sebab time tu moment sunrise dah nak hampir. Tapi malangnya kin tak dapat moment tu. Tapi di bawah adalah antara gambar-gambar yg kin shoot dengan menggunakan equipment en.Emran sonspor. Terima kasih kepada beliau lagi sekali.









Kesimpulan dari photo yang kin dapat shoot pada outing kali ni ialah : KIN SANGAT PUUUUAAAAS HATI. memang scenery Bukit Broga ni adalah tempat idaman kin untuk shoot gambar. Kat kepala otak memang dok simpan gambaran output apa kin nak.
Tambahan semua yang hadir adalah status professional. Kin telah jer yang blur dengan teknikal dslr ni. So apa lagi canonian ramai outing kali ni. senang nak tanya. Terima kasih sangat kat anda-anda yang hadir kerana telah membantu kin.
Jeng jeng jeeeeeng…
Tatkala Musibah Menjelma : Merapatkan lagi persahabatan
Bermula dengan aksi-aksi lompatan. Siap buat round robin lak tu. Aksi lompatan dimulakan dengan
Emran.. lompatan nya tak pernah berubah. Patrik StarFish dalam SpongeBob Seluar Kotak ajer. Trademark beliau la tu.

Ha ini aksi Superman + Labah Man. ?Yakpurrrrsalammm. ni import mai dari Penang ni. Otai makro. Semua jenis serangga dia tau. Macam ensaiklopedia bergerak pulak.

Hulamakkkk. siapa sangka penyembur rachun cokin pakar dalam aksi melompat. orang kurus2 biasala leh lompat tinggi2.hehe

Ini anak sedara PakMart.Dia punya jumping ni memang best tengok. Tapi ending tu yang tak best

Selepas aksi melompat, error berlaku ketika rizal nak landing. kin taktau detail macamne. tapi korang leh tengok detail kat dalam blog Jalan2 Cari Foto.
Nasib baik outing ni kita ada 2 orang badang gagah perkasa. Mereka berdaya untuk mendukung Rizal. Badang gagah perkasa itu ialah Emran dan Azli.

Ini si Faiz sedang menunjuk arah kepada pasukan JPA3 yang lambat sampai. ~tapi syukur la sampai juga. Kalau tak sampai-sampai lagi haru.

Sempat-sempat je diorang ni shoot group photo dengan abang2 JPA 3. time ni kin dah ada kat bawah. tolong jaga keta masing. adeh…


Detail cerita leh dapati di Jalan-Jalan Cari Foto Flickr Group, En Emran Flickr, AzliPhotography Flickr, SirMart Flickr & SirMart Blogspot, FaizZaki Wordpress
tengok2 pagi ni member2 kecoh lak berita ni masuk news. Tapi tajuk habis kurang ajar le. Ada pulak kasi tajuk cam tu. H*rem tul! ~kin lak yg marah2.hehe

http://faizzaki.files.wordpress.com/2009/04/newsbroga.jpg