
Resources
Model : Elandria
Column : Mjranum Stock
Lamp : Maureenolderk
“Bagaimana ingin aku membencimu, Jikalau setiap hari merindu…
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..”
Professional Photographer & PhotoEditor (from Arau to the WORLD)

Resources
Model : Elandria
Column : Mjranum Stock
Lamp : Maureenolderk
“Bagaimana ingin aku membencimu, Jikalau setiap hari merindu…
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..”
Photomanipulation yang kin buat semalam, sempena masalah kin tak boleh tidur, ayat sedapnya ‘insomnia’..

Lately kin susah sangat nak tido, nak pejamkan mata. Sebelum ni pukul 12 tu kin dah nyenyak tido. Tapi sekarang pukul 1.. 2.. 3.. 4 tak tido - tido lagi. Mungkin sebab sebelum ni kin dok berjaga untuk siapkan tugasan. Last-last; masa tugasan dah habis, mata tetap tak boleh pejam. Ah sudah…. macam mana ni. Adakah kin terkena INSOMNIA?
Terlebih dahulu, kin nak sharing dengan kawan-kawan semua, apa kin buat/aktiviti kin tat kala kin tak boleh tidur.
1. Buka laptop ku, (ok kin takmo nak cakap laptop kin veteren dah ok. rasanya tiap2 post pasal laptop kin, sure kin akan kutuk laptop kin.. well laptop ni la membantu kin dalam menyelesiakan tugas-tugasan)
2. Double klik kat WINAMP shortcut icon kat desktop. Ini lah favorite software kin untuk music player. ITunes, Real Player etc etc, bukan pilihan kin, taktau kenapa. mungkin sebab simbol kilat tu menjadi daya penarik.
3. Connection itu penting; OK! ini part kin tak gemar nak stori kat kawan-kawan semua. Untuk kin mengaktifkan diri meng-surfing, facebooking, flickring, blogging, etc.. kin menggunakan kotak hitam. Kotak Hitam yang dihasilkan oleh satu kompeni ni (tips : iklan potong, potong, poootong..) untuk dapatkan connection, terpaksa la kin letak kotak hitam kat balkoni kin. so kin dan laptop kin akan berada dekat dengan balkoni juga. (jangan tanya kenapa kin tak beli router, lan cable yang panjang..). Imagine kul 1 2 3 pagi kin duduk kat balkoni yang terbuka. wah SEEEZUKKS tau uols.
4. Photo and Photo and Photo; mungkin dah memang masuk ketubuh kin, sehari tanpa melihat photo kin tak boleh duduk diam. mesti check every folder sampai ke lobang cacing kin cari photo yang sesuai. Untuk di proses
5. Photoshop CS3; haha selepas buka photo, possibility untuk kin on software ajaib adalah incredibly tinggi. Bila dah benda ajaib ni ada depan mata, mau 2 3 4 jam melekat kat depan laptop. kadang-kadang rasa nak terkuncil disebabkan kesejukan malam pun boleh di’pause’kan. semata-mata nak implement idea yang muncul dalam benak kepala kin :-p So ini lah titik tolak kin tidur lewat. Selagi tak puas apa kin buat, selagi tu takkan tidur. Tapi kalau puas hati, otomatik tidur. Pernah berkali-kali kin tertidur depan laptop.
p/s : kalau mama kin ada; sure pukul 1, dia bangun, marah-marah kin suruh tido, lepas tu kalau kin tak tidur lagi, pukul 2 pagi dia bangun lagi marah-marah lagi suruh tidur, pukul 3 pagi, pukul 4 pagi..last-last dia pun tak tido. Time tu mama kin pun akan berjaga, tapi tak buat la aktiviti kurang sihat macam kin, mam a kin time tu buat solat sunat, hajat etc etc. lepas tu buat masak air.. buat air teh susu kegemaran anak manja dia ni sorang. tup-tup, air dah siap; kin dah berdengkur tido
Oleh itu mari kita study pasal INSOMNIA atau masalah tak boleh tidur kin ni
Apa itu INSOMNIA?
“Most adults have experienced insomnia or sleeplessness at one time or another in their lives. An estimated 30%-50% of the general population are affected by insomnia, and 10% have chronic insomnia.
Insomnia is a symptom, not a stand-alone diagnosis or a disease. By definition, insomnia is “difficulty initiating or maintaining sleep, or both” and it may be due to inadequate quality or quantity of sleep. Insomnia is not defined by a specific number of hours of sleep that one gets, since individuals vary widely in their sleep needs and practices. Although most of us know what insomnia is and how we feel and perform after one or more sleepless nights, few seek medical advice. Many people remain unaware of the behavioral and medical options available to treat insomnia…. [read more] “
- ok sejujurnya kin bukan orang yang gemar nak baca artikel yang berleret-leret dan dipenuhi perkataan kin tak paham (~jangan tiru perangai kin ni). Oleh itu dikonklusikan insomnia ni penyakit susah tidur..ok..hihi.. Dah tahu maksud insomnia, sekarang kita masuk bab Penyebab terjadinya INSOMNIA
“Psychological related insomnia
The most common psychological problems that may lead to insomnia include:
Treatment without Medication
The non-medication treatment methods used to help insomnia are often focused at helping the patient “relearn” how to sleep. Some of these techniques are common-sense habits that go a long way in helping people feel sleepy at night. These include:

Thank you very much to this lovely couple for using my services of photo editing
.. It was an honor to be given the opportunity to put my touch on their memorable photo.
Any enquiries about my photography services and photo editing just send me an email.
Ashikin Abdullah
Art Photography
ashikin.abdullah@gmail.com
Entri ringkas dan kurang ayat-ayat bebel, untuk update digitalwork n artwork kin yang sememangnye dah lama tak update kat blog ni. Kalau korang nak tengok yang latest artwork kin, korang boleh visit Flickr Kin, tak pun PhotoBlog Kin. Sebab untuk blog ni, kin khas kan untuk kin luahkan pendapat dan aktiviti ;p


Photographer & Editing : Ashikin Abdullah
Tok Guru: Napie Photography www.flickr.com/photos/napie/
Makeup/ Hair/ Wardrobe : Zue Hashim
Model : Rabiah Leona Marissa



Sejak menggila dengan editing menjadikan photo infrared, kin dah mula edit semua gambar jadi menggila macam kepala otak kin gak. Korang hati-hati nanti terjebak jugak. Kin takmo bertanggungjawab.
Baru-baru ni sorang member kin si aunty Ieda ni, mintak la kin edit kan gambar beliau dan teman lelaki beliau yang bernama Kodok. haha. Sebenarnya dia dah kasi gambar tu dah lama dah. dekat seminggu lebih. Cuma weekend lepas baru berkesempatan edit gambar pasangan kekasih ni. Sabar la Wahida.. Kena tunggu turn.
Kin mulakan dengan edit gambar boypren Ieda dulu. Bukan apa, nak amek feel dulu. Hahah. Ieda jangan marah yer. Untuk edit gambar macha Kodok atau nama manja Ieda berikan Soob ni, mula-mula sekali kin mulakan dengan masak air dan buat air milo dulu. Lepas tu buka Winamp layan lagu Gigi 11 Januari. Haaaa kena dengan feel. Yessa. dapat dah idea.
Godek-godek gambar Kodok ni sampai sejam. Diselang seli dengan berYM dengan kengkawan. Tapi tak ramai lak yang online. Oh ya tak ya. dah kul 2 pagi, semua dah berkubang di tempat tidur masing-masing. Dan ini lah hasilnya dari pengkodek-Kodok-kan.

Selesai gambar kodok, wajib edit gambar Ieda. Kang ribut taufan la Ieda kalau kin tak edit gambar dia. Oleh itu dengan segala kudrat yang kin ada, kin gagahkan jari jemari memegang tetikus dan mulakan editing. Mula-mula kin pasang lagu Search Issabela dulu, kemudian gambar ni kin blend sesuka hati perut kin bersama dengan feel dan idea yang kin dapat di malam hari yang dingin tu. Ini lah hasil gambar Baby Ieda Mrs Kodok.. eh baru perasan beliau pakai baju merah tu lagi.hehe

Tepat jam 3.20 pagi Sabtu, kin sms Ieda. “Makcik Ieda, gambar dah siap. I upload kat flickr”..
Gila tol. kul 3.20 pagi tak tido lagi. Memang kin begini, bila dah mula edit gambar tambah idea pun mencurah-curah, perut yang lapar pun leh kenyang, mata mengantuk pun leh jaga.
Tapi kin tak rasa mengantuk lagi. So buka la gambar-gambar yang ada dalam folder, terjumpa la gambar itik atau angsa, lalu kin edit. Saat kin edit gambar ni la muncul satu ilham yang baru. Kin ter’explore editing terbaru. Yessa. teransang betul malam ni.HAHA
Ini lah hasil nya dari Editing Ashikin Style.

Gambar selesai di edit pada jam 5.30 pagi. TIDO! Esok pagi-pagi lagi kena bangun balik, nak naik Genting.
Fulamak. Exciting tol la minggu ni. Dapat edit gambar dan cipta editing style kin sendiri, pastu naik genting. Naik Selero Shock. Terangkat babe.
Tapi sebab seronok bukan main. Ari Isnin kin DEMAM. Selasa MC. Itu la mama dah pesan, seronok sangat tak elok. Kena bersederhana dalam setiap perkara, Huhu. Begini lah kin, bila berjauhan dari mama semua lupa. ;p
Kin tanpa photo-editing hidup takkan sempurna. Oleh itu, malam jumaat semalam sambil tengok cerita Kaliwoon yang seram tu, kin edit gambar bunga jenis apa-ntah yang kin shoot masa kat Perlis dulu. Cerita kaliwoon semalam kin seram tengok Zizie tu, putih semacam je muka beliau tapi CUN. Ako~hish tak minat. Baik Tok Aki lagi ensem. Tapi 15 minit lepas tu Kaliwoon tinggal kaliwoon, sebab tumpuan kin dah beralih arah.
Dah dapat idea dah edit bunga ni. Dah lama kin tak main-main dengan kaler-kaler pelangi. Oleh itu, malam tadi kin kembalikan warna pelangi ke dalam photo kin tu. Tetap dengan editing ashikin style, bermainkan warna-warna girang, dan mengubah warna background kepada suram untuk menaikan lagi kelopak bunga tu. Dan kin tambah texture kin cilok dari-mana-ntah.
Ini lah hasil nya photo manipulation kin, yang kin proses sambil dengar lagu my faveret Faizal Tahir Sampai Syurga.

Korang jangan muntah ye asyik dengar Editing Ashikin Style. Biasa la kin baru explore benda baru. Musti le nak promote. Seperti biasa, motto kin -> Imiginasi jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja.