Tagged: putrajaya

“This 29th Stop of the Waterski & Wakeboard World Cup Series ended with perfection on many fronts. In temperatures reaching 35C, the 51 athletes from 15 countries were provided with outstanding facilities in Putrajaya Malaysia for this last event of the 2009 World Cup calendar. Based at the Putrajaya Watersports Complex, a short distance from Kuala Lumpur International Airport, an estimated 20,000 spectators attended over the November 7/8 weekend. As a vacation destination, it is certainly one not to be missed !”… www.waterskiandwakeboardworldcup.com

The Result

SLALOM WINNERS – Women
1. (USA) Karen Truelove – 0.5 buoys at 11.25m
2. (FRA) Anais Amade – 5 buoys at 12m
3. (FRA) Clementine Lucine – 2 buoys at 12m

SLALOM WINNERS – Men
1. (USA) Nick Parsons – 2.5 buoys at 10.75m
2. (GBR) Jodi Fisher – 1 buoy at 10.75m
3. (FRA) Jean Baptiste Faisy – 4 buoys at 11.25m

SHORTBOARD WINNERS – Women
1. (FRA) Marion Aynaud – 8130 points
2. (BLR) Natalia Berdnikova – 7930 points
3. (USA) Mandy Nightingale – 7790 points

SHORTBAORD WINNERS – Men
1. (BLR) Aliaksei Zharnasek – 11,470 points
2. (BEL) Olivier Fortamps – 9890 points
3. (USA) Jimmy Siemers – 9700 points

JUMP WINNERS – Women
1. (DEN) June Fladborg – 48.3m
2. (FRA) Marion Mathieu – 48.1m
3. (BLR) Iryna Turets – 46.5m

JUMP WINNERS – Men
1. (USA) Freddy Krueger – 69.0m
2. (GBR) Thomas Asher – 63.2m
3. (GBR) Jason Seels – 62.2m

Resource : http://www.waterskiandwakeboardworldcup.com/1047

Ni kin nak share stori dengan korang satu kejadian. Story yang berlaku pada Jumaat lepas dimana kin telah menjoinkan diri dengan aktiviti berfaedah yang sangat kin gemari, tak lain tak bukan outing photography. Korang yang tak berminat dengan photography ni mesti berdarah mata asyik baca entri pasal photography je kan. Sabar-sabar, arini kin buka topik photography dulu, next time kin buka topik khas untuk korang yang tak gemar photography.

Nak di jadikan cerita, hari Jumaat lepas, seorang pemuda yang sangat sifu dalam menembak gambar di sebelah malam (night shoot) telah meng-sms kin ajak dating outing kat Putrajaya. Wah mesti la excited nak pegi. Dah lama tak outing especially kat Putrajaya. Korang jangan taktau, Putrajaya kalau di sebelah malam sangat meriah berbanding di waktu siang. Time malam tu Putrajaya dimandikan cahaya warna warni lampu-lampu, sangat mengujakan. Maka kin pun pastila teruja juga. Tapi macam mana nak join, dslr tarak. Harapkan kompek kamera kin tu, kalau night shot memang akan hancur gambar-gambar. noise yang terhasil sangat rosakkan gambar. Tapi si encik Zlanj ni sangat pemurah hati kasi kin pinjam Sony Aplha beliau. haha.. Tak lama lagi kin leh jadi photographer serba boleh. Semua brand dslr kin tau guna. haha

Ingat lagi gambar ini? ini gambar PUtrajaya kin shot pakai kompek kem kin

Operasi dijalankan pada jam 9.00. Lokasi pertama kitorang jejakkan kaki serta kaki tiga tripod ialah di Tasik di Taman Seri Empangan. Terletak seberang PICC. Motif asal si organizer ialah nak buat panoramic photo. Sekarang dia tengah demam gambar pano.. so semua gambar nak pano. Tapi banyak betol cabaran nak berpano ni. Nak tau cabaran-cabarannya, korang tanya si zlanj. Kin dah penah merasa cabaran berpano gambar malam, oleh itu kin elakkan dari shoot pano pada hari tu, kin buat gambar biasa je. Landscape and potrait sudah. Biarkan sifu zlanj dengan pano nya. ;p

Teknik terbaru kin belajar dari si zlanj ni ialah teknik storbe dalam landscape shoot. Ha apa tu? Dalam berlandscape ni kita perlu ada element-element yang menaikan composition dalam sesuatu gambar, iaitu background, foreground dan tak ingat. Malam tu apa yang kin buat ialah. jeng jeng jennng tengok gambar di bawah

Ok dah ada gambar baru la reti nak bercerita. Ok kin biarkan korang teruja dulu tengok gambar ni. Penerangan di teruskan selepas pharagraph ni. ;-p

Batu-batu dalam photo di atas adalah foreground, bangunan dalam pembinaan serta reflection bangunan kat air itu adalah subject utama kin. Kalau kin biarkan subject tanpa foreground, rasa sunyi pulak, dan dah banyak gambar-gambar landscape kin fokus kat subjek je. Malam tu kin nak kelainan, kin nak ada subjek dan foreground. First attempt kin agak tak best, sebab foreground samar-samar je kelihatan. Tapi nasib baik la si cikgu zlanj ni ada idea bernas, beliau telah keluarkan flash a.ka speedlight dalam bahasa Canon. Lalu dia fire la flash tu kat foreground. Nak dapat hasil yang bervariasi, satu gambar ada sekali flash. ada juga gambar yang ada 2 flash. paling maximum ialah 4 kali fire flash. Tapi tak berapa best, sebab dah terlebih cerah. Subjek utama ditenggelamkan oleh foreground. Oleh itu kin pilih gambar di atas, di mana cuma 2 kali je flash di-fire kan. Apsal macam skema dan sangat teknikel je ayat aku nie. ;p

Bila dah bergambar malam, wajib lah pakai tripod, sebab nak bermain dengan long exposure. Set kan ke 30 saat, nak lebih best main kan dengan setting White balance, seperti gambar kat atas. Si zlanj baru ajar setting aperature, shutter speed blabla.. Kin terus mintak dia tukar white balance. Lepas tu nampak sangat dia bengkek je dengan kin. “apa punya anak murid.. advance sangat la tu konon” -  ayat kin reka sendiri.

Dalam bermain dengan night shot ni, paling penting kesabaran, perlu sabar menunggu gambar ditangkap habis di proses, sabar bermain dengan setting kamera, sabar sabaaaar…. tetiba dalam tengah sabar tu perut kin berbunyi.haha lapar sey. oh ya dah kul 11 kot. Jom la gi makan!

Sesi Tawaf Kampong Limau Manis Bermula

Lepas shoot kat empangan tu, kitorang pun mencari la kedai makan. Saat itu bermulanya ekspedisi dan explorasi kami di Putrajaya. Dari PiCC kitorang pusing-pusing putrajaya sampai la sesat ke KAMPONG LIMAU MANIS. Kalau sekali takpe. Ini sampai 3 kali! TIGA KALI ya pembaca sekalian.

Kali pertama takpe itu paling lawak. Sebelum entrance nak masuk ini kampong, kitorang tersesat gak. terus jumpa jalan mati. Bukan sebarang jalan mati tau. Sedap-sedap tengah drive jalan highway tetiba depan korang ada bukit. Apa korang rasa, tak ke tekejut beruk. Oleh itu kitorang pun reverse la balik. Nak u-turn, masuk la kat kampong ni. Kampong Limau apa ntah. first time tak dapat baca seluruh signboard tu. Dah keluar dari kawasan kampong tu, macam mana ntah, terpusing masuk balik Kampong LImau ni. Kali ni baru dapat baca seluruh signboard tu. Kampong Limau Manis. Lalu si zlanj ni berkata “kalau kali ke-tiga kita masuk balik kampong limau manis ni, kita chaw balik kl”..

Beberapa saat lepas tu lampu meter minyak si zlanj ni berkelip-kelip menanda kan dah nazak nak kena isi petrol. Halamak. Nak kena cari petrol station la ni!.. keadaan masa tu sangat cemas. Nasib baik kin teringat ada brader hensem dok kat Putrajaya ni, bernama Yona. Nama betul Yon Bakar. Lalu si yon ni pun kasi le direction dari PICC ke Presint 16, petronas ada dekat situ sebelah Alamanda. Tapi direction si Yon ni kasi macam le kin tengah tengok google map. Masuk sana, belok sini, berenti sana, u-turn sini.

Kitorang pun kembali la ke PICC, ikut direction si Yon kasi, bertapa jauh nya perjalanan mungkin disebabkan keadaan petrol keta yang dah kritikal. Masa dirasakan sangat la lambat berlalu. Kitorang jumpa la signboard menunjukan ke Presint-16. Ada la dalam 3 4 signboard kitorang follow. Last-last.. jumpa signboard KAMPONG LIMAU MANIS!.. HUWAAAAAAAAAAAAAAAAA….

Amek zlanj, mulut masin sangat tadi. Kan dah tertawaf kampong ni kali ke-3. Nak tanak, kitorang takleh balik KL sebab petrol dah nak habis, terpaksa la cari balik presint-16, rupanya dekat je Presint-16 tu dengan tempat kejadian. hekeleh!

Ini kin kasi map menghala ke kampong tu. Kin femes kan KLM (kampong limau manis).

At last baru la jumpa stesen minyak Petronas. Terima kasih Petronas. Lain kali korang semua pastikan minyak korang full-tank, jangan biarkan 2 bar je macam encik Zlanj kita ni. zlanj zlan… Oh ya lupa pulak nak mention, beliau ni rabun.selalu outing pakai spek. Tetiba malam tu tak pakai spek pulak, contact lens pun tak pakai. no wonder la sesat.haha :))

Lepas tu dua photographer join outing iaitu Yon Bakar dan Naza. Tapi sebelum tu makan dulu. Perut dah berlagu keroncong dah. Lepas tu kitorang gerak ke Empangan yang sama juga tapi di Jambatan.

Ini gambar yang kin dapat.

Gambar di bawah kin cilok dari encik Naza : http://www.flickr.com/photos/naza1715/

Nak pose gambar long exposure ni korang kena ada bakat untuk statik tahan pose selama 20 - 30 saat. takde bakat tu takleh model utk night shot. Kin amek jalan senang, letak tangan dan bersandar pada tembok tu. Kan senang, nak tahan 20 minit pun boleh. ;p

Ini la encik Naza. aka Samosa. Salah sorang rakyat Nikon. Beliau menggunakan wide lens apa ntah tak ingat. yang pasti bukan 10-22mm, Ops! awek mana kat belakang tu. haha. ikin pun ada. Gambar ni yang bikin saudara Naza ni panas, dia nak potret shot dia sorang, tapi ada tambahan lak kat belakang tu.Lain kali crop la bro.

Taaraaaaa ini brader bernama Encik RazlanJ. Nama manja Lan. Pose baik punya untuk mengelak dari mata terkena panahan flash. Lain kali pakai spek ye cik Lan. no more KLM.haha